Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT Shinzo Abe (dua dari kanan) berbincang dengan Obama (kanan sekali) sambil menikmati makan malam di restoran sushi, Sukiyabashi Jiro di Tokyo, semalam. - AFP TOKYO 24 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menunjukkan semangat perpaduan dengan sekutunya di Asia, Jepun apabila menegaskan bahawa Washington akan mempertahankan Tokyo dalam konfrontasinya dengan China berhubung isu pertikaian wilayah maritim di Laut China Timur. Obama menegaskan bahawa daripada segi sejarah, Jepun telah mentadbir pulau yang menjadi perebutan di perairan berkenaan, menyebabkan AS perlu bertindak mempertahankan sekutunya ekoran ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara terlibat. Bagaimanapun, beliau menggesa kedua-dua pihak terbabit supaya menyelesaikan konflik yang berlarutan sejak sekian lama itu secara aman, dan AS tidak mahu menyebelahi Jepun atau China bagi menjaga hubungan diplomatik dengan Beijing dan Tokyo. Saya tidak percaya isu ini boleh berubah dengan sebelah pihak sahaja yang bertindak. Sebagai sekutu Jepun, AS perlu memainkan peranan penting bagi menjaga kepentingan wilayah Tokyo menerusi perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Obama kini berada di Jepun dalam rangka lawatan ke empat buah negara Asia selama lapan hari termasuk Malaysia. Isu perebutan kepulauan yang dikenali sebagai Senkaku oleh Jepun dan Diaoyu oleh China, telah menjejaskan hubungan antara dua negara besar di Asia itu sejak sekian lama. Walaupun AS cuba mengelak daripada terheret dalam isu pertikaian berkenaan, Jepun dan sekutu Washington yang lain melihat konflik itu merupakan cara China memperluaskan pengaruhnya di Asia. China tidak termasuk dalam jadual lawatan Obama, tetapi kebimbangan terhadap pengaruh kuasa besar Asia itu tetap disuarakan oleh Presiden AS itu. Beijing dilapor memantau daripada dekat sebarang usaha AS untuk mengekang kebangkitan China, manakala negara-negara kecil di Asia mahu jaminan daripada Obama bahawa pengaruhnya di rantau ini juga tidak hilang. Penasihat Obama menyifatkan lawatan Presiden As itu ke Asia bukan bertujuan menyekat pengaruh China atau meminta negara lain memilih untuk memihak, sama ada kepada Washington atau Beijing. AS mahu meneruskan usaha menggalakkan kebangkitan China secara aman," kata Obama. - AGENSI |
PBB lindungi 22,000 pelarian Sudan Selatan Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT NAIROBI 24 April - Rundingan damai antara kerajaan dan pemberontak di Sudan Selatan ditangguhkan sekali lagi kelmarin, ketika pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergelut untuk melindungi kira-kira 22,000 orang awam di sebuah pangkalan di Bentiu. Menteri Penerangan Sudan Selatan, Michael Makuei (gambar) berkata, rundingan damai yang diusahakan oleh sebuah pertubuhan serantau, IGAD Afrika Timur, ditangguhkan selama lima hari lagi sehingga 28 April ini. "Pihak orang tengah, IGAD Afrika Timur memberi alasan mereka memerlukan lebih masa untuk menggerakkan rundingan tersebut," katanya. Sementara itu, jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, pangkalan pertubuhan dunia itu yang dilindungi seramai 500 anggota pengaman menjadi sasaran serangan roket dan jumlah penduduk yang berlindung di situ meningkat empat kali ganda sejak awal April lalu. Peningkatan tersebut dipercayai ekoran tindakan ganas kumpulan pemberontak melakukan pembunuhan etnik besar-besaran di pekan Bentiu pada minggu lalu, walaupun kejadian itu dinafikan oleh pemberontak Nuer yang dipimpin oleh bekas Presiden, Riek Machar. Serangan di Bentiu menyebabkan penduduk etnik Dinka di pekan Bor, negeri Jonglei, hari ini menyerang pangkalan PBB yang menjadi tempat perlindungan bagi kira-kira 5,000 orang awam, kebanyakannya etnik Nuer. Kumpulan penduduk yang dilengkapi senjata itu pada mulanya berpura-pura mengadakan bantahan secara aman dan mahu menyerahkan petisyen sebelum melepaskan tembakan ke arah pangkalan PBB terbabit. Kira-kira 58 orang terbunuh dan 98 orang lagi cedera, termasuk dua anggota pengaman PBB dari India dalam kejadian serangan tersebut. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |