Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
14 maut bersesak-sesak di Congo Posted: 25 Apr 2014 12:03 PM PDT KINSHASA 26 April - Sekurang-kurangnya 14 maut apabila bersesak-sesak semasa menghadiri satu festival memperingati bintang popular muzik Afrika di Republik Demokratik Congo, di sini semalam. Menurut jurucakap wilayah Bandundu, Camille Sesep, antara yang terbunuh pada majlis memperingati mendiang penyanyi King Kester Emeneya itu ialah dua orang anggota polis. "Lapan orang turut cedera apabila penonton yang terlalu ghairah bersesak-sesak antara satu sama lain," katanya. Disebabkan kejadian itu, festival berkenaan terpaksa ditangguh atas alasan keselamatan. - AFP |
Krisis Ukraine : ICC mulakan siasatan Posted: 25 Apr 2014 12:02 PM PDT THE HAGUE 26 April - Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Fatou Bensouda memulakan siasatan perlakuan jenayah yang dilakukan sebelum dan selepas penyingkiran Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych, lapor mahkamah itu semalam. Sekiranya ICC melancarkan siasatan penuh, tindakan itu merupakan yang pertama bagi kerajaan yang akan dituduh menyingkirkan pemimpin negara sendiri di luar benua Afrika. "Siasatan awal telah dimulakan tentang krisis Ukraine bagi mengenal pasti sama ada siasatan penuh perlu dilakukan. "Bagaimanapun, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum siasatan penuh boleh dijalankan antaranya isu bidang kuasa," jelas ICC dalam satu kenyataan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |