Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Kes pertama MERS-CoV di Mesir dikesan Posted: 26 Apr 2014 10:30 AM PDT KAHERAH 27 April - Seorang rakyat Mesir mencatat kes pertama menjadi penghidap Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov) di negara ini selepas pulang dari Arab Saudi, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir semalam. Penghidap penyakit itu yang berusia 27 tahun kini dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan di Hospital Cairo, kata kenyataan itu. Lelaki itu sebelum ini menginap di Riyadh, Arab Saudi sebelum pulang ke Mesir baru-baru ini. - REUTERS |
Afghanistan: Korban banjir meningkat kepada 123 orang Posted: 26 Apr 2014 10:28 AM PDT MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan 26 April - Jumlah korban akibat banjir di utara Afghanistan semalam meningkat kepada 123 orang, manakala beribu-ribu lagi penduduk kehilangan tempat kediaman, menurut kenyataan pihak berkuasa. Pihak pengurusan bencana kebangsaan melaporkan, mangsa banjir kini dipindahkan ke kawasan selamat dengan menggunakan helikopter. Dalam pada itu, Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, sekurang-kurangnya seramai 6,000 penduduk berpindah dan memerlukan bekalan air bersih, perubatan, makanan serta tempat tinggal dengan segera. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |