Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Perunding Palestin, Israel bertemu utusan khas Amerika Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT Penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel dekat penjara tentera Ofer di Tebing Barat, bandar Betunia, Tebing Barat, kelmarin. - AFP BAITULMAQDIS 5 April - Pasukan perunding Palestin dan Israel akan mengadakan pertemuan dengan utusan khas Amerika Syarikat (AS), Martin Indyk secara serentak esok, dalam usaha mengelakkan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak menemui kegagalan. Pertemuan tiga hala itu diadakan ketika Washington menilai gesaan untuk mencapai perjanjian damai selepas beberapa tindakan oleh Palestin dan Israel mengancam rundingan damai tersebut. Setiausaha Negara AS, John Kerry semalam berkata, Washington mempunyai had masa dan tenaga untuk memberi perhatian kepada proses rundingan tersebut. Pada hari sama, Indyk akan bertemu secara berasingan dengan Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni dan rakan sejawatannya dari Palestin, Saeb Erakat. Kerry yang terlibat dalam rundingan damai itu sejak setahun lalu menghubungi pemimpin Palestin dan Israel, kelmarin bagi memastikan rundingan damai itu diteruskan. Bagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak permohonan Kerry unrk menarik balik persetujuan untuk mematuhi 15 perjanjian antarabangsa yang ditandatanganinya pada minggu lepas. Media Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menolak permintaan Kerry supaya tidak melaksanakan langkah-langkah yang boleh menggugat rundingan damai tersebut. - AFP |
Artis Indonesia rancang adakan konsert mega Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT IWAN FALS JAKARTA 5 April - Artis tersohor Indonesia, Virgiawan Listanto atau lebih dikenali sebagai Iwan Fals merancang mengadakan konsert mega dengan menetapkan sasaran untuk menarik empat juta penonton, sebaik-baik pilihan raya Presiden Indonesia selesai diadakan pada Oktober ini. Seniman berusia 52 tahun itu berkata, dia bercadang mengadakan konsert mega bertemakan Nyanyian Raya itu di sebuah kawasan terbuka yang boleh menampung jumlah penonton yang ditetapkan itu. "Saya membayangkan untuk mengadakan persembahan di Monas (Monumen Nasional). Dari (jalan) Monas sehingga ke Senayan ditutup dan diletakkan layar serta semua makanan Indonesia turut disajikan," kata Iwan kepada wartawan. Menurut Iwan, seandainya konsert berkenaan berjaya diadakan, ia sekali gus akan membolehkan Indonesia mencipta rekod di persada antarabangsa dengan jumlah penonton konsert paling banyak. Katanya, rekod konsert dunia sebelum ini masih dipegang penyanyi ternama dari Britian, Rod Stewart yang menarik sejumlah 3.5 juta penonton di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil. Sementara konsert kumpulan Metallica yang diadakan di Moscow, Rusia pula ditonton oleh 1.6 juta orang. Iwan turut berkata, rekod jumlah penonton yang pernah menyanyikan lagu kebangsaan serentak pada satu masa pula dipegang oleh negara India dengan jumlah penyertaan seramai 500,000 orang. "Kalau empat juta orang datang (menyaksikan konsert beliau), rekod yang dipegang India (akan) pecah, (rekod) Metallica dan Rod Stewart juga akan pecah. Nanti kita sama-sama nyanyi lagu Indonesia Raya (lagu kebangsaan Indonesia semasa konsert itu)," ujarnya. Dengan sasaran jumlah penonton yang besar itu, Iwan berharap penonton tidak akan mencetuskan sebarang masalah termasuk mencetuskan rusuhan. Sebaliknya, Iwan berharap penonton akan menjaga keamanan serta kebersihan ketika konsertnya itu diadakan kelak. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |