Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
MH370: Misi kesan isyarat. serpihan diteruskan Posted: 08 Apr 2014 07:31 PM PDT PERTH 9 April - Misi mengesan isyarat 'ping' daripada kotak hitam dan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu diteruskan hari ini dengan penglibatan 29 aset termasuk pasukan penyelam Tentera Diraja Australia. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini berkata, sebanyak 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal akan dikerah mencari sebarang petunjuk baharu di zon seluas lebih 75,423 kilometer persegi di Lautan Hindi. "Kawasan tumpuan hari ini adalah di kedudukan 2,260 kilometer barat laut Perth dan cuaca diramalkan hujan di lokasi pencarian," jelas kenyataan tersebut. AFP |
Kos mencari MH370 cecah RM97.7 juta Posted: 08 Apr 2014 10:03 AM PDT NEW YORK 9 April - Sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press. Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu. Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari. Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |