Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Bekas ratu cantik gagal henti suami kemuka petisyen cerai Posted: 22 Apr 2014 11:39 AM PDT Kiri Khoo Kay Peng, Pauline Chai PUTRAJAYA 22 April - Seorang bekas ratu cantik Malaysia yang kini menetap di England gagal dalam rayuan untuk menghalang suaminya, seorang jutawan terkemuka daripada membawa petisyen penceraian ke mahkamah sivil negara ini. Perkara itu berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah ketika menolak rayuan Pauline Chai Siew Pin, 67. Kuorum berkenaan berpuas hati Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memutuskan isu pemastautin pasangan tersebut dan perkara berkaitan bidang kuasa mahkamah mana yang akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh Tan Sri Khoo Kay Peng. Panel tersebut berpendapat, dapatan fakta oleh hakim bicara yang memihak kepada jutawan berkenaan, mengandungi banyak pertikaian. Mahkamah Rayuan berpuas hati isu pemastautin yang dibangkitkan kerana jutawan itu mempunyai perniagaan di sini, dokumen-dokumen mengandungi bukti keterangan difailkan di sini manakala saksi-saksi yang akan dipanggil dalam kes itu berada di ibu negara. Selain itu, mahkamah berpuas hati ahli perniagaan itu memilih untuk menetap di negara ini dan kini tinggal di Ampang, dekat sini. Kay Peng merupakan Pengerusi Malaysian United Industries dan mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney selain 40 peratus saham dalam Laura Ashley serta Pengarah Corus Hotels Limited. Sehubungan itu, panel tersebut memerintahkan isu pemastautin dan bidang kuasa mahkamah mana yang mendengar petisyen itu, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan didengar oleh seorang hakim lain. Pauline diwakili oleh peguam K. Shanmuga manakala Y.N. Foo mewakili jutawan tersebut. Pauline tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Disember tahun lalu yang memutuskan suaminya boleh mengemukakan petisyen penceraian di sini walaupun wanita tersebut kini bermastautin di England. Mahkamah Tinggi juga mendengar permohonannya untuk menangguhkan keputusan mahkamah lain yang membenarkan suaminya untuk tidak bertemu dengan badan pendamai di London bagi menyelamatkan perkahwinan mereka. Permohonan ibu kepada lima orang anak itu ditolak. Dalam permohonan bagi membantah Mahkamah Tinggi daripada mendengar petisyen penceraian itu, Pauline menyatakan bahawa dia bukan lagi pemastautin negara ini dan menetap di England sejak 1980. Pauline yang merupakan bekas Miss Malaysia/International 1969 menyatakan, mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen tersebut dan ia hanya boleh didengar oleh mahkamah di sana. |
Kes cerai Fiza , Adam 28 April Posted: 22 Apr 2014 11:39 AM PDT SHAH ALAM 22 April - Kes permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza dan penyanyi, Adam akan didengar buat pertama kali pada 28 April ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Sumber memberitahu, Fiza memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan kes akan didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi. Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 33, didakwa memfailkan permohonan itu pada 16 April lalu. Isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu mula diperkatakan awal bulan ini selepas Fiza memadam gambar Adam di laman sosial Instagram. Fiza dan Adam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya memberitahu rumah tangga mereka tidak bermasalah. Semalam, Fiza mengemas kini Instagram dengan sekeping gambarnya bertelekung dengan tulisan dia memohon semua pihak memahami situasinya dan enggan menjawab sebarang persoalan mengenai rumahtangganya. Adam dan Fiza berkenalan dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS) di sini pada 26 September 2013. Perkahwinan itu merupakan yang kedua bagi Fiza selepas berpisah dengan bekas suami, Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010. Bersama bekas suaminya, Fiza mempunyai dua cahaya mata, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |