{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


DNA pada puntung rokok sepadan DNA tiga tertuduh

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

SHAH ALAM 3 April - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu puntung rokok yang merupakan barang kes dalam kes pembunuhan pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah, disahkan mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) yang berpadanan dengan DNA tiga daripada empat tertuduh dalam kes itu.

Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia, Mohd. Izuan Othman, 43, berkata, profil DNA pada puntung rokok itu berpadanan dengan profil DNA daripada spesimen darah tertuduh, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22.

Beliau yang bertugas di bahagian forensik jabatan berkenaan memberitahu, DNA dua lagi individu iaitu saksi pendakwaan pertama, Fadhil Rushdan Rahman dan abang Mohamad Zul Sahril iaitu Mohamad Zulfazren turut dikesan pada puntung rokok itu.

Mohd. Izuan yang bertugas selama 17 tahun sebagai ahli kimia berkata demikian melalui pernyataan saksi yang dibacanya semasa memberi keterangan sebagai saksi ke-18 pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23, dan Omar Peter, 56.

Dalam kes itu, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat dan Muhamad Safwan yang didakwa membunuh dua beranak tersebut di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, dua tahun lalu.

Perbicaraan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mewakili pihak pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Mohd. Izuan turut memberitahu mahkamah, kesan DNA pada seluar jeans '35' berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada spesimen darah Mohamad Zul Shahril.

Katanya, beliau menjalankan pemprofilan DNA menggunakan teknik Polymerase Chain Reaction (PCR) terhadap sampel barang kes yang diserahkan kepadanya.

Semasa disoal balas peguam, Afifuddin Ahmad Hafifi, beliau bersetuju tidak mengetahui dari mana puntung rokok dan seluar jeans itu diambil dan turut bersetuju terhadap soalan peguam bahawa beliau tidak mengetahui puntung rokok telah dirampas dari rumah sewa Mohamad Zul Shahril. Perbicaraan akan bersambung 28 April sehingga 2 Mei ini.

Hukuman penjara 5 pelatih pusat serenti dikekalkan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

PUTRAJAYA 3 April - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara di antara tujuh tahun dan 10 tahun serta denda berjumlah RM20,000 terhadap lima lelaki atas kesalahan merusuh dengan membakar tujuh blok bangunan sebuah pusat serenti, hampir lima tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas kelima-limanya menarik balik rayuan masing-masing.

Mereka yang ketika itu merupakan pelatih di pusat berkenaan dikenali sebagai J.R. Murugesan, 33; S. Kumaradevan, 37; I. Subramaniam, 32; V. Sivasangar, 42, dan Megat Jamaluddin Megat Wazir, 53.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 16 Mei depan bagi mendengar rayuan seorang lagi pelatih, G. Ganesh, 44, selepas perayu tidak hadir hari ini.

Mereka didakwa menyertai satu perhimpunan haram dengan tujuan bersama melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kerosakan tujuh blok bangunan di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang kira-kira pukul 6.30 petang, 19 Jun 2009.

Kerosakan itu meliputi blok bangunan pentadbiran, stor, dewan utama, kompleks terapi komuniti, pejabat aktiviti, balai pegawai bertugas dan pos polis bantuan.

Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 16 Jun 2012 yang menambah hukuman penjara serta mengurangkan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth pada 13 Januari 2012.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM3,000 terhadap Murugesan, Subramaniam pula dikenakan penjara tujuh dan denda RM2,000 manakala Kumaradevan, Sivasangar dan Megat Jamaluddin masing-masing dipenjara 10 tahun dan denda RM5,000.

Ketika di Mahkamah Sesyen, Murugesan dipenjara enam tahun, Subramaniam (lima tahun) manakala Kumaradevan, Sivasangar dan Megat Jamaluddin masing-masing dipenjara lapan tahun. Kesemua mereka turut didenda RM50,000 setiap seorang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala perayu-perayu diwakili oleh peguam K. Param.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat