{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


3 penarik kereta dituduh curi wang mangsa maut nahas

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

RASAH 9 April - Tiga penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas tuduhan mencuri wang tunai RM1,000 milik seorang pemuda yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, Rabu lalu.

Mohd. Fared Md. Isa, 26, Mohamad Fairoll Shahroll Anuar, 25, dan Muhammad Anuar Mustaffa, 31, masing-masing mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Masjistret Siti Khairiah Abd. Razak.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama mencuri wang tunai milik Muhammad Hasbollah Mohamad, 23, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 252, lebuh raya Plus menghala utara berhampiran Senawang, dekat sini kira-kira pukul 11 malam, 2 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siti Khairiah membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 15 Mei ini bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Muhammad Shafee wakili ROS hadapi DAP

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 April - Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (gambar) akan mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam menghadapi tindakan DAP yang memaksa ROS mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.

Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili DAP memberitahu pemberita, pihaknya mengetahui mengenai pelantikan Muhammad Shafee itu pada hari ini.

DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.

Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut.

Terdahulu, Gobind hadir pada pengurusan kes tersebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Arun Nova Dass.

Menurut Gobind, mahkamah menetapkan 11 Jun ini bagi lanjutan pengurusan kes itu dan mengarahkan DAP menyerahkan dokumen yang berkaitan sebelum tarikh tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat