Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Nokia tampil AndroidNokia tampil Android Posted: 21 Apr 2014 12:05 AM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS TERUS mencabar pasaran telefon bimbit pintar masa kini, Nokia tampil memperkenalkan peranti bajet rendah menerusi Nokia X. Telefon bimbit pintar yang dijana oleh sistem operasi Android selain dibina di atas sistem Antaramuka Pemprogram Aplikasi (API) Nokia ini turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon Dual Core 1 Gigaherz (GHz). Disokong oleh bateri berkapasiti 1500 mAh, Nokia X mampu menyokong masa guna sehingga 13 jam serta dimuatkan dengan 18 aplikasi termasuk laman sosial Facebook, Vine dan Skype. Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia, Gary Chan, sistem operasi Android yang dibangun secara sumber terbuka itu akan memberikan pemiliknya pengalaman berbeza dengan telefon pintar lain dalam kelasnya. Kombinasi unik yang ditonjol menjadikan Nokia X setara dengan telefon bimbit premium lain sekali gus meletakkan penanda aras baharu kepada pesaing. Selain itu, dengan harga rendah dan mampu milik menjadikan peranti ini antara pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan," katanya pada majlis memperkenalkan Nokia X di ibu negara baru-baru ini. Dengan ukuran 115.5 x 63 x 10.4 milimeter dan berat 128.7 gram sudah pasti peranti ini mudah disimpan di dalam poket seluar mahupun beg tangan. Sistem Operasi Nokia X yang dimiliki membolehkan peranti ini dimuatkan dengan sistem navigasi luar talian HERE Maps. Berada di pasaran bermula pertengahan Mac, Nokia X diperkenalkan pada harga RM399 dengan empat pilihan warna iaitu hijau terang, putih, merah dan hitam. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nokia X, boleh layari laman web www.nokia.com/about-nokia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |