{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Lapor polis jika pelajar laku jenayah

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanktn@utusan.com.my

Sharifuddin Abdul Ghani (tengah) bersama guru dan pelajar selepas Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Kontinjen Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak di Kuantan, kelmarin. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 12 April - Perlakuan jenayah dalam kalangan para pelajar seharusnya dilaporkan kepada polis meskipun pihak sekolah mempunyai mekanisme tersendiri untuk menanganinya.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pihak sekolah boleh memaklumkan kegiatan tidak sihat itu kepada polis atau pegawai perhubungan sekolah yang dilantik agar bersama-sama dapat menanganinya.

Kita akui dan faham kadang kala sesetengah sekolah tidak mahu nama baik mereka tercemar jika melaporkan perlakuan jenayah pelajar kepada pihak polis sedangkan mereka mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

Namun, saya nasihat agar pihak sekolah adalah lebih baik jika memaklumkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Papan Kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah-Sekolah Kontinjen Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Chempedak (SMKTC) di sini semalam.

Sebanyak 23 unit papan kenyataan pencegahan jenayah diagihkan ke seluruh sekolah di negeri ini sebagai platform menyampaikan berita terkini dan isu semasa mengenai kelab polis dan berkaitan kesedaran jenayah.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan Khas negeri, Datuk Riduan Hashim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad; Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Raaof Jali dan Pengetua SMKTC, Ahmad Razimi Mohd. Ali.

Tambah Sharifuddin, beliau menasihatkan para pelajar agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah kerana sekali mencuba, padah akibatnya.

Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan atau pujukan untuk melakukan jenayah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Statistik salah laku pelajar di negeri ini pada tahun lalu ialah sebanyak 88 kes tangkapan. Kes yang paling ketara ialah pergaduhan 56 kes, rogol (tujuh) dan pecah rumah pada waktu malam sebanyak enam," jelasnya.

Peserta RTK jangan jual tanah - Adnan Yaakob

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Sebahagian peserta yang menerima geran hak milik RTK Seri Damai di Kuantan, baru-baru ini. - MINGGUAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 12 April - Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Seri Damai di sini wajar dimajukan oleh agensi kerajaan seperti Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Felcra dan Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (LKPP) supaya semua pihak memperoleh manfaat sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membangkitkan cadangan itu juga berharap seramai 167 penerima geran hak milik RTK memanfaatkan tanah pertanian tersebut dengan baik dan tidak menjualnya kepada pihak lain.

Saya berharap peserta RTK yang mendapat geran itu tidak terpedaya dengan tawaran lumayan pihak luar yang mahu membeli tanah berkenaan.

Jangan jual tanah kerana pada masa akan datang nilainya lebih tinggi. Perlu saya ingatkan semua ini adalah untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah RTK Seri Damai di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai di sini kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyerahkan geran kepada para peserta terbabit.

Yang turut hadir, Penasihat Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad.

Sementara itu, seorang penerima geran, Harun Ali, 67, bersyukur penantiannya selama 30 tahun kini berakhir dan dia merancang untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Alhamdulillah apa yang saya harapkan termakbul. Saya berhasrat mengusahakan tanaman buah-buahan di atas tanah dengan keluasan 0.4 hektar ini," katanya yang tinggal di Sungai Isap.

Bagi Wan Abdul Razak Wan Abdul Aziz, 65, dia amat terharu kerana geran berkenaan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Amat besar harapan saya untuk bersemuka dengan beliau dan mengucapkan terima kasih kerana akhirnya penantian kami berakhir dengan kegembiraan.

Saya bercadang mengusahakan tanah berkenaan untuk dimanfaatkan ahli keluarga terutama anak dan cucu," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat