Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
6 sekolah di Kedah, Perlis jayakan Karnival Sekolah BSN 2014 Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT ALOR SETAR 2 April - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam sekolah di negeri ini dan Perlis untuk menjalankan program Karnival Sekolah BSN 2014 bagi meningkatkan dana sekolah. Menurut Pengarah BSN Kedah/Perlis, Abdul Rani Saad, BSN turut menaja RM10,000 setiap sekolah terbabit bagi menjayakan penganjuran karnival itu yang antaranya membabitkan aktiviti pertandingan bakat dan mewarna. Katanya, penganjuran program merupakan inisiatif BSN dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dana sekolah melalui jualan amal dan aktiviti yang dijalankan. Enam sekolah ini merupakan daripada 78 sekolah yang dipilih BSN dari seluruh negara bagi menjayakan program Karnival Sekolah BSN 2014. BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah melaksanakan karnival tersebut dan RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertan- dingan yang diadakan. Hadiah ini akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang," katanya selepas majlis menandatangai MoU tersebut di sini hari ini. Dalam majlis MoU tersebut, Abdul Rani mewakili BSN sementara enam sekolah terbabit iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min (A), SJKC Sin Kwang, SJKC Pekan Lama, SJK Tamil Saraswathy dan Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang di Sungai Petani serta SJKC Khoon Aik Kangar Perlis diwakili guru besar masing-masing. Yang turut hadir Timbakan Pe- ngarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Rosli Ismail dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Ne- geri Perlis, Nazrin Nuriman. Tambah Abdul Rani, karnival tersebut akan bermula bulan ini sehingga 30 November dan setiap sekolah mendapat kelulusan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |