Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Latihan pelbagai aras jana kecemerlangan Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT Guru Penolong Kanan SK Chuah, Maimon Kordi menerima kata laluan adaponline daripada Wahid Hashim di sekolahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. PENTADBIR dan guru di dua lagi sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggalakkan penggunaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sama ada versi cetak atau atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan dan SK Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor. Guru Penyelaras program Pintar TNB SK Chuah, Zalifah Abdul Hadi berkata, para guru bukan sahaja menggalakkan malah akan memastikan Tutor diguna pakai oleh murid khususnya ketika PdP dalam kelas. "Selain itu, untuk sistem pembelajaran atas talian adaponline, jadual penggunaan Tutor akan dibuat agar murid menggunakannya semaksima mungkin. "Murid juga digalakkan membuat latihan di rumah kerana Tutor mengandungi latihan pelbagai aras yang memberi banyak manfaat untuk menjana kecemerlangan mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas taklimat penggunaan Tutor oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim sempena siri Jelajah Tutor TNB ke 13 sekolah di seluruh negara. Dalam taklimat itu, guru serta murid didedahkan terhadap penggunaan Tutor UPSR secara intensif sebagai bahan pengukuhan, pengayaan dan bimbingan. Semua sekolah terbabit menerima akhbar Tutor UPSR dan kata laluan adaponline mengikut jumlah calon peperiksaan itu yang ditaja oleh TNB. Sementara itu, Guru Besar SK Kuala Pomson, Roslima Mohamed berkata, kandungan Tutor yang disediakan oleh pakar mata pelajaran diharap dapat meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR. "Terima kasih atas usaha murni TNB ini dan diharap akan diteruskan kerana dengan adanya Tutor menjadi pemangkin atau pendorong kepada murid untuk lebih berinisiatif," katanya. |
Guna Tutor sebagai instrumen ulang kaji, latih tubi Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2, Rawang, Selangor baru-baru ini menganjurkan sesi taklimat penerangan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap penggunaannya bagi memantapkan persediaan menduduki peperiksaan. Dalam bengkel kendalian Wartawan Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Mohd. Saiful Mohd. Sahak dan Eksekutif Pendidikan, Nursyafida Mt Saed itu, pelajar didedahkan dengan cara pembelajaran terkini menggunakan Tutor sebagai rujukan dan instrumen ulang kaji serta latih tubi. Penggunaan Tutor secara konsisten diyakini berupaya meningkatkan prestasi akademik bukan sahaja pelajar malah pencapaian sekolah secara keseluruhan. Bengkel itu sememangnya dinantikan oleh 150 pelajar tingkatan tiga hingga lima sekolah berkenaan kerana kandungan Tutor yang disediakan oleh guru pakar amat membantu terutama ketika saat akhir menjelang peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar. Tambahan pula, kandungan Tutor disusun atur untuk membolehkan pelajar membuat ulang kaji dan latih tubi maksima sepuluh soalan sehari bagi tempoh lima hari. Ulang kaji dan latih tubi yang berterusan ini akan memastikan pelajar sentiasa pada keadaan bersedia sepanjang masa di samping memudahkan mereka merancang jadual belajar masing-masing secara efektif. Melalui bengkel selama dua jam itu, pelajar diberi taklimat kandungan Tutor serta penggunaan akhbar berkenaan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Pada masa sama, penganjuran bengkel ini menjadi platform untuk komuniti sekolah menonjolkan aktiviti atau pencapaian masing-masing melalui media cetak. Selain itu, para pelajar turut diberi pendedahan dengan lebih dekat mengenai kerjaya wartawan dan jurugambar di samping memberi panduan serta pendedahan dalam menghasilkan berita atau rencana menggunakan bahasa yang ringkas, mudah, tepat dan padat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |