{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Kelab pencegahan jenayah peringkat sekolah akan diaktif semula

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUANTAN 3 April - Kelab pencegahan jenayah di peringkat sekolah akan diaktifkan semula dengan mengadakan beberapa aktiviti yang lebih berkesan bagi memberi kesedaran tentang pencegahan jenayah membabitkan pelajar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, usaha itu penting memandangkan terdapat sedikit peningkatan pelbagai bentuk jenayah membabitkan golongan pelajar, khususnya melibatkan sekolah menengah.

Antara kes berlaku peningkatan jenayah melibatkan golongan itu adalah kegiatan mencuri motosikal yang dilaporkan banyak berlaku di bandar-bandar besar termasuk di daerah ini.

Kejadian itu sering berlaku membabitkan kawasan perumahan dan ini membimbangkan pihak berkuasa kerana ditakuti akan mendatangkan risiko kecederaan terhadap orang awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan futsal sempena Hari Polis di Plaza Futsal Kampung Tiram di sini baru-baru ini.

Sebanyak 14 pasukan mewakili 11 ibu pejabat polis daerah (IPD) dan tiga jabatan termasuk Polis Marin, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan Briged Tenggara menyertai kejohanan itu.

Dalam kejohanan tersebut IPD Lipis memenangi kejohanan itu manakala tempat kedua disandang Jabatan Siasatan Jenayah IPK dan tempat ketiga dimiliki Cawangan Khas IPK.

Zakaria berkata, selain kawasan perumahan, kegiatan itu turut menyasarkan kawasan pusat beli-belah di bandar utama seperti Kuantan, Temerloh dan beberapa daerah lain.

Menurutnya, kegiatan berkenaan juga didorong sikap ambil mudah pemilik kenderaan terhadap harta mereka seperti tidak mengunci kenderaan sebelum memasuki rumah atau pusat beli-belah.

Orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama dalam isu ini sama ada dengan memberikan maklumat dan bersikap lebih bertangungjawab pada harta persendirian mereka," ujarnya.

Seramai 48 pelajar Lipis tawan Gunung Tahan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUALA LIPIS 3 April - Seramai 48 pelajar dan 11 guru dari tujuh buah sekolah menengah di daerah ini berjaya menamatkan ekspedisi mendaki Gunung Tahan, Taman Negara Sungai Relau dekat sini baru-baru ini.

Ekspedisi selama lapan hari bersempena cuti persekolahan baru-baru ini bermula di Kuala Tahan, daerah Jerantut dan tamat di Kem Sungai Relau, Merapoh dekat sini itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, SMK Kerambit, SMK Padang Tengku, SMJKC Lipis, SMK Merapoh dan SMK Orang Kaya Haji, Lipis.

Majlis penutupan dan meraikan peserta ekspedisi Program Trans Tahan 2014 anjuran SMK Sri Lipis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Mustapa Long di Taman Negara Relau, Merapoh dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Kamaluddin Ibrahim dan Ketua Ekspedisi Program Trans Tahan 2014, Mohd. Azri Nazar.

Menurut Mohd. Azri, ekspedisi mendaki Gunung Tahan membabitkan jarak sejauh 89.5 kilometer antara pengisian cuti persekolahan selain itu untuk melatih ketahanan fizikal dan minda dalam kalangan pelajar berkenaan.

Sejajar dengan kegiatan kokurikulum di sekolah, ekspedisi ini cukup signifikan mendidik pelajar mencintai alam sekitar sekali gus mengenali flora dan fauna serta ekosistem," katanya kepada pemberita di Sungai Relau, Merapoh dekat sini baru-baru ini.

Katanya, pada tahun depan, SMK Sri Lipis selaku penganjur ekspedisi berhasrat untuk membawa pelajar daerah Lipis mendaki gunung di luar negara, iaitu lokasi yang dipilih adalah negara Indonesia dan Thailand.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat