Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Tutor aktif selepas Jun di Terengganu Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT Wan Razali Wan Muda (kiri) menerima kata laluan adaponline daripada Wahid Hashim selepas taklimat penggunaan Tutor UPSR di sekolah itu di Dungun, Terengganu baru-baru ini. KUALA TERENGGANU - Aktiviti Tutor dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di sekolah-sekolah Terengganu akan aktif berlipat kali ganda selepas Jun, kata guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pulut di Dungun dan SK Kuala Jenderis di Kuala Berang dekat sini. "Kita menjangka akan menghabiskan sukatan pelajaran pada Jun, dan selepas itu kita akan menggunakan sepenuhnya Tutor sebagai bahan latih tubi projek khusus kami," kata Guru Besar SK Padang Pulut, Aminah Ismail selepas taklimat penggunaan Tutor di bawah program Pintar-Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta penyerahan nombor pin dan kata laluan di sekolah itu, dekat sini, baru-baru ini. Kata beliau, Tutor - melalui program Pintar-TNB - dan Angkatan Kerja Rajin Mulia (AKRAM) akan saling lengkap melengkapi ke aras satu usaha murni membantu memperkaya bank soalan berkualiti kepada sekolah di Terengganu. "Kami juga akan cuba melaksanakan cara menggunakan Tutor yang optimum sepertimana yang dicadangkan oleh pihak Unit Pendidikan Utusan Malaysia," katanya. Dalam taklimat kepada sekolah berkenaan, Pengarang Pendidikan, Wahid Hashim menerangkan prinsip penggunaan Tutor yang boleh dilaksanakan sekolah, mengikut kesesuaian ekologi pembelajaran di sekolah masing-masing. Guru Besar SK Padang Pulut, Wan Razali Wan Muda, berpendapat, apa yang telah dicadangkan oleh pihak Unit Pendidikan Utusan Malaysia mampu menambah baik pelaksanaan program latih tubi yang sedang berlangsung di sekolahnya. Apa yang diberikan oleh Pintar-TNB kepada sekolah merupakan yang terbaik di pasaran, termasuk penajaan Tutor, kata Wan Razali, sambil menambah ia merupakan satu bentuk bantuan yang tepat, "daripada Pintar-TNB-Utusan Malaysia," Tutor, katanya, merupakan tonik yang diharapkan dapat memperbaiki keputusan UPSR sekolahnya pada tahun ini. Beliau juga akan mencadangkan penggunaan Tutor kepada sekolah -sekolah yang berjiran dengannya sebagai usaha perkongsian bahan. Beliau juga akan menggunakan Tutor secara intensif kepada murid-muridnya yang tinggal di asrama sekolah dalam kelas persediaan malam. |
Tutor SPM sumber utama rujukan pembelajaran Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT Kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang padat dengan set soalan latih tubi berkualiti menarik minat guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang, Francisca Gotoking berkata, pelajar menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menggunakan Tutor sebagai rujukan dan sumber bahan pembelajaran mereka dalam ulang kaji harian sama ada di sekolah atau di rumah. ``Maklum balas daripada guru juga positif khususnya guru panitia semua mata pelajaran memaklumkan kandungan Tutor ini amat baik dijadikan rujukan pembelajaran dan boleh membantu PdP, katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran penyerahan langganan sebanyak 200 Tutor SPM di sekolah itu baru-baru ini. Menurutnya, harga Tutor juga sangat murah iaitu 50 sen senaskhah berbanding buku atau bahan rujukan lain sekali gus meringankan beban kewangan sekolah. Selain Tutor SPM, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) setebal 20 halaman pada setiap Isnin, eksklusif untuk langganan sekolah. Bagi memenuhi keperluan PdP sekolah rendah, Utusan Malaysia menerbitkan Tutor UPSR pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa) manakala Tutor Junior + j-QAF di terbitkan pada hari Rabu. Semua akhbar pendidikan berkenaan dijual pada harga 50 sen senaskhah. Sementara itu, Amir Haziq Noor Alif Wira, 14, berkata, dia berasa teruja apabila buat pertama kali membelek Tutor yang baharu sahaja dilanggan pihak sekolah bermula bulan April ini. ``Sebelum ini saya ada pernah mendengar mengenai Tutor di sekolah berhampiran namun menganggapnya seperti buku-buku rujukan pelajaran lain yang terdapat di pasaran. ``Namun, selepas melihat kandungan akhbar ini, saya berasakan Tutor berbeza kerana selain saiznya yang mudah dibawa, kandungannya juga padat dengan soalan latih tubi, katanya. Rakannya, Vivishen Nadarajan, Tutor mampu menjadi bahan rujukan yang berkesan sekiranya kandungan akhbar itu diguna pakai sebaiknya oleh pelajar dalam membuat proses ulang kaji. ``Saya lihat kandungan Tutor banyak memberi manfaat kepada pelajar dan akhbar ini boleh membawa Tutor kemana-mana sahaja walaupun sedang makan kerana ia nipis, ringan serta boleh disimpan dalam poket. ``Dan ini membolehkan pelajar membuat rujukan pada bila-bila masa sahaja. Saya berpendapat bahan ini amat baik dan berkesan dalam meningkatkan pembelajaran jika digunakan sebaiknya, katanya. Seorang lagi pelajar, Avinassh Selvaraja memberitahu, dia berminat untuk mendapatkan Tutor dan dijadikan bahan pembelajaran buat seisi keluarganya di rumah selain dapat digunakan di sekolah. ``Saya fikirkan Tutor ini hanya untuk pelajar tingkatan Lima sahaja namun saya lega kerana pelajar boleh dapatkan naskhah Tutor di Pusat Sumber sekolah, jadi bolehlah saya langgan akhbar ini untuk adik di rumah, katanya. Untuk melanggan dan sebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Saiful Adzri Mohd. Fozi di talian 019-9488030. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |