{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Hudud: Veteran UMNO, KMPP sokong Pas

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Usaha Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan terus mendapat sokongan umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu parti itu terus berpendirian teguh terhadap keputusannya itu.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya yakin Pas kini tidak akan terperangkap dengan pendirian sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tetap tidak berganjak menolak pelaksanaan hukum tersebut.

"Sudah lama Pas menjaga hati mereka sehingga terpaksa mengorbankan dasar dan prinsip perjuangannya. Sekarang masa Pas bangkit dengan megahnya untuk meneruskan cita-cita murni yang diperjuangkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini yang mengumumkan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, keputusan itu ditentang oleh DAP yang tetap tidak berganjak dengan pendirian menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Mustapha berkata, Veteran UMNO dengan ikhlas menyokong keputusan Pas itu dan mahu melihat Kelantan melaksanakan hukum hudud sama seperti di Brunei.

"Veteran UMNO menyeru seluruh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO menyokong usul persendirian yang akan dibentang oleh Pas nanti untuk membuktikan yang selama ini UMNO tidak pernah menghalang pelaksanaan hukum hudud di negara ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, keputusan Pas itu harus dipuji sekalipun parti itu terpaksa berhadapan dengan halangan besar daripada sekutunya.

Katanya, alasan DAP dan PKR bahawa hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang tidak sepatutnya menghalang Pas daripada terus menegakkan syiar Islam.

"Saya yakin langkah berani tersebut diambil Pas kerana parti itu sudah mula menyedari kelalaian mereka dalam menegakkan syiar Islam selagi bersekongkol di bawah pakatan pembangkang," katanya.

Mulakan langkah tinggalkan Anwar Ibrahim

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu keluar daripada kepompong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya benar-benar mahu menjenamakan semula parti tersebut.

Sehubungan itu kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, langkah pertama yang perlu dibuat oleh Azmin bagi tujuan tersebut ialah dengan meninggalkan Anwar.

Namun katanya, amat mustahil impian Azmin itu akan tercapai kerana matlamat asal penubuhan PKR adalah demi menjayakan cita-cita besar Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Selagi beliau berterusan mempertahankan segala pembohongan Anwar, maka beliau tidak layak untuk membuat kenyataan kononnya PKR bukan milik Anwar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Azmin menyatakan parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan keraguan dan sejuta persoalan memandangkan beliau sendiri mengakui selesa bekerja bersama Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut mencabar Ahli Parlimen Gombak itu untuk menyatakan secara terbuka siapakah calon Presiden PKR pilihannya apabila wujud pertembungan pencalonan suami isteri antara Anwar dan Wan Azizah.

Katanya, pencalonan yang disifatkan sebagai `pertandingan luar tabii' itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik dunia.

Saya boleh bayangkan pakatan pembangkang akan teruk menghentam UMNO sekiranya jawatan Presiden UMNO dicabar oleh isteri Perdana Menteri sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor," ujarnya.

Menurutnya, kenyataan Azmin untuk menjenamakan semula parti tersebut amat meragukan dan sekadar untuk memancing undi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat