Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
38 Ahli Parlimen DAP tak sokong Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM KUALA LUMPUR 14 April - Pas dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan daripada DAP. Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut. Pendirian kita jelas, Ahli Parlimen DAP tidak akan menyokong dalam pelaksanaan hukum hudud. Saya difahamkan, tujuh Ahli Parlimen MCA, satu daripada Gerakan dan empat daripada MIC juga telah menyatakan bahawa mereka juga tidak akan menyokong usul tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini sebagaimana yang disiarkan dalam portal berita the Star Online. Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri. Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud. Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang. Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015. Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sokongan satu pertiga daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk mencabar rang undang-undang itu. Katanya, ketika ini 50 Ahli Parlimen sudah berada di pihaknya untuk menentang hukum hudud. |
PKR tetap pegang janji tidak laksana hudud Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT KUALA LUMPUR 14 April - Pas Kelantan terus menerima tekanan daripada rakan sekutunya untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertegas mematuhi perjanjian pada 2011 untuk tidak melaksanakannya. Perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang itu antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud demi menghormati penentangan konsisten yang dibuat oleh DAP berhubung pelaksanaan hukum tersebut. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendirian tersebut kekal selagi belum ada apa-apa penjelasan daripada Pas untuk menguatkuasakan hukum Islam itu di Kelantan. Menurut beliau, PKR akan menunggu keputusan mesyuarat Biro Lajnah Politik Pas yang akan membincangkan perkara berkaitan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat sebelum pimpinan tertinggi PKR membuat ketetapan. Saya difahamkan perkara tersebut telah dibincangkan di peringkat Pas Pusat dan kemudian dibawa kepada biro politik yang masih belum bermesyuarat tetapi belum ada keputusan jelas bagaimana proses itu akan dijalankan. Sehingga kita jelas apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Pas dengan enakmen ini barulah PKR akan bawa perkara ini kepada perbincangan peringkat tertinggi parti," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Rakaman sidang akhbar itu disiarkan di laman portal, Harakah Daily yang turut dimuat naik di laman sosial YouTube. Semalam, Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri. Malah, katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud. Baru-baru ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang. Saifuddin berkata, pakatan pembangkang telah mencapai tiga perkara pada mesyuarat MPP tiga tahun lalu itu iaitu Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan Pas Kelantan yang melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah pada 1993 sebelum pakatan ditubuhkan. Malah, katanya, Majlis Presiden turut mengakui dan menyedari penentangan daripada DAP terhadap enakmen tersebut yang kekal konsisten sehingga hari ini. Selain itu, katanya, pada mesyuarat itu juga pimpinan pakatan pembangkang turut mengakui kerjasama politik untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Keputusan terakhir masih kekal melainkan perkara sekarang yang dicadang Kelantan itu dibawa Pas kepada Majlis Presiden dan dibincang semula untuk mencapai apa-apa keputusan. Sekiranya masih belum berlaku, pakatan pembangkang terikat dengan ketetapan itu dan PKR sebagai komponen dalam pakatan juga terikat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |