{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Hudud: Pas ketepi DAP, PKR

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU 15 April - Pas tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tegas menyatakan, tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada berbuat demikian.

Oleh itu tegas beliau terpulang kepada PKR dan DAP untuk membantah kerana itu tidak akan menggugat pendirian Pas yang konsisten untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Bercakap kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Abdul Hadi juga menarik perhatian langkah bagi melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas sudah bermula sebelum kewujudan pakatan pembangkang lagi.

Yang pertama, kita sokong kerajaan Kelantan (untuk laksanakan hukum Hudud). Kedua, isu hudud di Kelantan telah mendahului Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) sejak awal 1990-an lagi.

(Masa itu) tak ada lagi pakatan pembangkang. Ini benda (hukum hudud) yang terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (rang undang-undang persendirian bagi laksanakan hudud)," katanya.

Beliau mengulas penentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.

DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Jun ini.

Ditanya adakah pendirian Pas itu akan menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata: Itu terpulang kepada mereka. Kita konsisten dan kita menyokong kerajaan Kelantan (laksana hudud)".

Tiada sebab DAP tolak hudud - Mohd. Amar

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

KOTA BHARU 15 April - Kerajaan Pas Kelantan tidak akan tunduk dengan tentangan DAP terhadap usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, DAP tidak ada sebab untuk menolaknya kerana orang bukan Islam tidak terlibat dengan hukum berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berjumpa kepimpinan DAP bagi mendapat penjelasan serta alasan mengapa parti itu menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Kita hendak dengar alasan dia (DAP) mengapa tidak setuju dan dia juga perlu dengar penjelasan kita.

Soal dia hendak setuju atau tidak selepas itu adalah hak dia, kita tidak akan paksa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, DAP menegaskan, 38 ahli parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, DAP juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata, rang undang-undang Islam itu sudah lama diterima di negeri ini dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, jelasnya, soal penentangan daripada sekutu pembangkang tidak berbangkit kerana pelaksanaan undang-undang Islam itu hanya dibuat di Kelantan.

Tidak berbangkit dengan tentangan pakatan pembangkang sebab mereka (pakatan) datang kemudian.

Kita juga pada peringkat ini tidak berhasrat melaksanakan hudud di Malaysia cuma di Kelantan, jadi isu ini tidak berbangkit dengan pembangkang," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, bagi membolehkan pelaksanaan hudud diterima dengan baik, pihaknya akan mengadakan sesi taklimat kepada mana-mana pihak yang dirasakan perlu.

Katanya, pada peringkat permulaan, pihaknya akan memberikan taklimat kepada kepimpinan Pas Pusat walaupun pada dasarnya mereka telah bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri.

Kita juga dimaklumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri bahawa Pas Pusat menyokong penuh usaha kerajaan negeri dan akan bersama-sama," katanya.

Mohd. Amar berkata, selepas selesai di peringkat parti, pihaknya akan memberi taklimat kepada parti sekutu pembangkang dan bertemu masyarakat terutamanya yang bukan Islam di negeri ini dan seluruh negara.

Kita akan menjelaskan alasan kenapa hendak laksanakan hukum hudud ini dan apa kesan kepada masyarakat bukan Islam yang perlu mereka fahami," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat