{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Kelantan yakin hudud dapat dilaksana

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh Mohd. Hafiz Abdul Mutalib
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Amar

KOTA BHARU 16 April - Kerajaan Pas Kelantan hanya memerlukan sokongan 112 Ahli Parlimen ketika usul rang undang-undang persendirian dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat nanti.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jumlah sokongan tersebut sudah memadai bagi membolehkan Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini yang sememangnya menjadi perjuangan mereka sejak dahulu.

Beliau berkata, usul rang undang-undang tersebut sebenarnya tidak memerlukan sokongan dua pertiga memandangkan pelaksanaan itu bukan melibatkan Perlembagaan.

Pas hanya memerlukan majoriti mudah yang menyokong usul ini (rang undang-undang persendirian) dan kita yakin akan mendapat sokongan penuh.

Sekiranya semua wakil rakyat beragama Islam di dalam Parlimen menyokong, majoriti mudah itu akan tercapai," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

DAP baru-baru ini menegaskan 38 ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, DAP juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Sementara itu Mohd. Amar berkata, tentangan daripada Ahli Parlimen DAP ketika usul undang-undang tersebut dibentangkan tidak lama lagi sama sekali tidak akan mengugat Pas yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

Sebelum ini DAP merasakan Pas memerlukan majoriti dua pertiga, sebaliknya kita hanya memerlukan sokongan majoriti mudah.

DAP tidak faham, dia (DAP) tidak tahu apa dia cakap. Kita yakin akan mendapat sokongan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata, beliau yakin semua Ahli Parlimen yang beragama Islam akan menyokong penuh usul rang undang-undang persendirian tersebut.

Kita harap semua wakil rakyat Islam tanpa mengira parti akan boleh bersama-sama kita demi kebaikan umat Islam dan memenuhi tuntutan agama," katanya.

Tahniah, Hadi tegakkan huhud

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menunjukkan keberanian politik dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan apabila tidak tunduk kepada desakan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, hukum hudud adalah antara teras perjuangan parti Pas dan pendirian itu perlu ditegakkan secara tegas dan jelas.

Apa yang ditegaskan oleh Abdul Hadi bukan suatu perkara baharu, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana menyatakan pendirian secara tegas, jelas dan terang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak serta barisan pengarang kanan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan tiada sebarang perjanjian dalam pakatan pembangkang yang boleh menghalang Pas daripada mengemukakan undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Nasharudin yang merupakan Pengerusi Yayasan Nassar, Pas tidak perlu tunduk kepada tekanan politik daripada PKR dan DAP, sebaliknya, terus berjuang melaksanakan syariat Islam serta merealisasikannya dalam bentuk praktikal.

Seruan saya kepada setiap ahli Yang Berhormat (Ahli Parlimen) kita yang beragama Islam adalah nyatakan komitmen dan istiqamah kepada agama Islam, dalam keadaan Islam dicabar dari pelbagai sudut termasuk dalam isu Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) dan hak asasi manusia, kita buktikan pendirian kita adalah bersama syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Nasharudin yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo memuji komitmen akhbar Utusan Malaysia dalam membantu MuslimUPRo untuk menyanggah Comango yang membuat pelbagai tuntutan khususnya berkaitan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semasa sesi proses semakan berkala sejagat (UPR) di Geneva bulan lalu.

Yang turut hadir sama dalam pertemuan hari ini adalah Pengerusi MuslimUPRo, Azril Mohd. Amin; Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad, Ketua Operasi Yayasan Nassar, Aris Zawadi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo, Dr. Amran Muhammad.

Turut menyertai pertemuan itu adalah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat