{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Anwar mahu cabar ROS?

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan SHARIFAH AZMAWATI SYED ABDUL AZIZ
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 2 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang.

Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.

Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.

Pada malam itu, PKR tidak membenarkan Anwar bertanding dan dia mengumumkan berundur. Apabila dia berundur, saya juga tidak bertanding sebab saya hanya mahu lawan dia.

Sebab itu bagi saya, kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah insurans kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya," katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya, di sini hari ini.

Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.

Abdul Rahman berkata, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah.

Hal ini sekali gus membayangkan beliau sengaja mahu mencabar ROS," tegasnya.

Abdul Rahman tidak menolak PKR akan mengheret penyokong mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ROS menolak pencalonan Anwar atau mengisytiharkan kemenangannya sebagai tidak sah.

Penyokong akan beranggapan Anwar dianiaya dan dinafikan hak untuk bertanding," katanya.

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta terlucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari memegang jawatan di dalam pertubuhan atau dia dikenakan tindakan disiplin yang melarangnya memegang jawatan.

Peletakan jawatan Karpal satu persoalan besar

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 April - Keputusan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh meletak jawatan membangkitkan satu persoalan besar dalam konflik kepemimpinan parti itu memandangkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini tidak diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan masih dalam siasatan.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, tindakan Karpal juga mewujudkan kemungkinan masalah dalaman parti tidak dapat diselesaikan sehingga mendorong peletakan jawatannya.

Apa yang menjadi persoalan sekarang mengapa Karpal meletak jawatan sebagai pengerusi sedangkan kredibiliti CEC DAP tidak diiktiraf ROS.

Adakah ini merupakan satu cara untuk mengelak sekiranya ROS mengambil tindakan terhadap DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan peletakan jawatan tersebut sebenarnya 'konspirasi' kumpulan tertentu yang bermati-matian tidak mahu Karpal menerajui DAP sebaliknya mahu meletakkan kroni tertentu.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, minggu lalu.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 9 A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966 yang menyatakan seseorang didapati bersalah dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara minimum setahun, tidak boleh memegang jawatan di dalam sesebuah pertubuhan berdaftar.

Menurut David, sebagai seorang veteran dalam bidang undang-undang, Karpal seharusnya lebih arif bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atasnya kini masih di peringkat rayuan dan beliau tidak patut meletak jawatan menggunakan alasan tersebut.

Saya tertanya-tanya adakah tindakan itu dibuat dengan ikhlas atau atas arahan pihak tertentu. Jika dia ikhlas, adakah dengan keadaan kesihatannya sekarang dia turut bersedia untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor," katanya.

Malah, David tidak menolak kemungkinan keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada dinasti Lim mengawal pucuk pimpinan parti berkenaan.

Dalam pada itu, Pengasas Cawangan DAP Pelabuhan Klang dan Pandamaran, A. Deliganu berpendapat, peletakan jawatan Karpal tidak akan menjejaskan atau memberi kesan terhadap reputasi parti kerana percaya tindakan itu adalah untuk kebaikan.

Saya mengalu-alukan keputusan Karpal untuk undur diri bagi memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui DAP.

Ada kemungkinan beliau berbuat demikian kerana khuatir kes rayuannya ditolak tetapi saya yakin keputusan itu diambil dengan rela hati tanpa tekanan daripada mana-mana pihak," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat