{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Hudud perlu persetujuan DAP

Posted: 21 Apr 2014 11:29 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya.

"Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah.

"Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.

Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.

Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang.

Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.

Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Ahli Pas P. Pinang yakin dinasti Lim sokong hudud

Posted: 21 Apr 2014 11:29 AM PDT

PULAU PINANG 21 April - Ahli-ahli Pas negeri ini berpegang kepada keyakinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud.

Ahli Pas Balik Pulau, Halim Mustafa berkata, perkara itu bukan rahsia dalam kalangan ahli Pas negeri ini terutama di kawasannya memandangkan sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah menyatakan pendirian menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Tambah beliau, tidak seperti bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh yang berterus terang mengenai pendiriannya, kedua-dua anak beranak itu sebaliknya tidak pernah menyatakan penentangan terhadap pelaksanaan hukum itu dalam kebanyakan ceramah mereka.

"Disebabkan itu, ahli-ahli Pas di negeri ini cukup yakin Kit Siang dan Guan Eng sebenarnya menyokong agenda pelaksanaan hukum hudud Pas dan kita sangat gembira dengan pendirian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar mendakwa, dia difahamkan kedua-dua pemimpin DAP yang jawatan mereka belum disahkan itu pernah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud kepada pemimpin-pemimpin Pas.

Malah, menurut beliau, kepemimpinan Pas negeri juga diberitahu oleh Guan Eng mendiang Karpal menolak pelaksanaan hudud atas pendirian peribadi, bukannya pendirian DAP.

Ditanya sama ada Kit Siang atau Guan Eng pernah menyatakan pendirian rasmi mengenai sokongan mereka, Halim berkata, dia tidak pernah mendengar kedua-dua pemimpin berkenaan menyatakan sedemikian.

Walau bagaimanapun, tambahnya, kedua-dua pemimpin itu pernah ditanya perkara berkenaan dalam satu mesyuarat terbuka, namun tidak dijawab atas alasan tidak termasuk dalam agenda mesyuarat tersebut.

Sementara itu, dalam meyakini dinasti Lim bersetuju dengan hukum hudud Pas, Halim turut melahirkan rasa hairan kerana ahli-ahli DAP di negeri ini pula berpendirian sebaliknya.

Menurutnya, daripada apa yang disampaikan ahli-ahli DAP, sama ada Kit Siang mahupun Guan Eng tidak pernah bersetuju dengan hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

"Ini sebenarnya menimbulkan pertanyaan kepada ahli-ahli Pas mengenai apakah sebenarnya pendirian Kit Siang dan Guan Eng.

"Adakah mereka bersikap talam dua muka dan sedang menipu ahli-ahli sendiri?" katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat