{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Daim sifatkan Anwar 'kaki goreng'

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh Fauzi Jaafar pengarang@utusan.com.my

Daim Zainuddin (kiri), bercakap pada program Bicara Petang yang bertemakan Ekonomi Bandar Malaysia. Adakah Bandar Melayu?. Turut kelihatan Moehamad Izat Emir di MIDA, Plaza Sentral, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kaki goreng kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.

Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini kaki goreng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik.

"Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya.

Enggan sokong hudud, Pengerusi DHPP diselar

Posted: 22 Apr 2014 11:40 AM PDT

KOTA BHARU 22 April - Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu (DPPKKB) menyelar tindakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kelantan, Hu Pang Chaw yang menentang secara terbuka cadangan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Ketua DPPKKB, Dr. Rosli Alani Abdul Kadir berkata, status DHPP sebagai sebuah dewan yang sah di dalam parti menjadikan ahli-ahlinya terikat dengan Perlembagaan Pas.

Oleh sebab itu kata beliau, DHPP sepatutnya perlu berfungsi mengikut tujuan asal penubuhan iaitu sebagai sebuah badan yang akan menyokong segala dasar yang ditetapkan Pas.

"DPPKKB mendesak Pas Pusat supaya mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucutkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.

"Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan martabat Pas sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara manakala martabat pemimpin Pas pula tidak diperlekeh di mata umum," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah baru-baru ini meminta DHPP memainkan peranan membantu parti itu memberi penjelasan berkaitan hukum hudud kepada orang bukan Islam.

Bagaimanapun, Pang Chaw dilaporkan memberi reaksi negatif apabila berkata, DHPP bukan pihak yang relevan memainkan peranan itu selain mendakwa cadangan pelaksanaan hudud diputuskan oleh Pas tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

Mengulas lanjut, Rosli Alani berkata, Pang Chaw sebelum ini juga pernah beberapa kali membuat kenyataan yang bercanggah dengan dasar dan Perlembagaan parti apabila menentang secara terbuka pelaksanaan hudud dalam sebuah akhbar.

"Beliau pernah dilaporkan berkata di dalam berita muka depan akhbar tersebut pada 10 Oktober 2011 kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan Pas jika hudud dilaksanakan.

"Walaupun telah dipanggil memberi penjelasan oleh Pas Pusat, pada 15 November 2013, beliau sekali lagi dilaporkan berkata tidak dapat melihat sebarang kebaikan yang boleh dibawa oleh hudud," katanya.

Rosli Alani dalam pada itu turut menegaskan, gesaan pihaknya supaya Pas memecat Pang Chaw bukan bermaksud parti itu menolak pandangan orang bukan Islam,

"Tindakan ini sebaliknya merupakan penolakan Pas kepada individu yang mahu menjadikan kedudukannya di dalam Pas sebagai peluang untuk mendapatkan sesuatu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat