{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Ketua Pembangkang DUN Selangor hairan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 April - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hairan dengan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa tidak mengetahui keputusan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) menutup operasi Hotel Quality Shah Alam berkuat kuasa 1 Jun ini.

Datuk Mohd. Shamsudin Lias berkata, kenyataan berkenaan mencetuskan pelbagai persoalan terhadap peranan sebenar Abdul Khalid dalam menguruskan anak syarikat kerajaan negeri yang berfungsi meningkatkan taraf sosioekonomi negeri, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Tegas beliau, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Khalid secara logiknya mengetahui kedudukan prestasi kewangan serta operasi KPS termasuk entiti perniagaan serta pelaburan syarikat itu menerusi Hotel Quality Shah Alam.

KPS itu sendiri merupakan anak syarikat di bawah KDEB dan Menteri Besar merupakan Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Jadi, bagaimana Menteri Besar boleh menyatakan beliau tidak tahu-menahu atau tidak maklum mengenai keputusan KPS menutup hotel berkenaan.

Adakah mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KDEB yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri tidak pernah membangkitkan mengenai kedudukan Hotel Quality Shah Alam. Ini yang menghairankan kita, apakah Menteri Besar cuai atau tidak ambil perhatian mengenai masalah yang dihadapi oleh anak syarikat kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Abdul Khalid memberitahu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan KPS menutup Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 di sini atas faktor kerugian.

Penutupan itu disahkan sendiri oleh Ketua Perhubungan Awam dan Media KPS, Amin Lin Abdullah pada Selasa lalu sekali gus menyebabkan kira-kira 105 kakitangan hotel berkenaan diberhentikan pada 31 Mei ini.

Penutupan tersebut dibuat atas alasan perniagaan hotel di Shah Alam yang tidak kondusif telah menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam meskipun pihak pengurusan telah melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kos.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong mempertikaikan alasan penutupan hotel tersebut yang dilihat tidak kukuh memandangkan beberapa hotel lain di sini beroperasi dengan baik.

Mengulas mengenai nasib 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam yang terjejas mata pencarian akibat penutupan hotel itu, Mohd. Shamsudin meminta kerajaan negeri memberi latihan kepada mereka yang terlibat selain menempatkan mereka di mana-mana entiti perniagaan anak syarikat kerajaan negeri.

Rakyat kesal janji dikhianati

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh MOHD. SAHRUL MOHD. SAH
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 April - Langkah Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air disifatkan penduduk negeri ini sebagai tidak prihatin dengan kebajikan serta beban ekonomi mereka.

Orang ramai yang ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini turut melahirkan kekesalan dan menyifatkan hasrat menaikkan tarif air itu sebagai pengkhianatan terhadap janji Kerajaan DAP sebelum ini yang tidak akan berbuat demikian.

Pengusaha premis makanan di Bukit Jambul dekat sini, Mujahidin Idris, 38, berkata, kenaikan tarif air itu akan memberi kesan lebih besar kepada peniaga sepertinya.

Saya berharap kerajaan negeri memandang serius kesan cadangan kenaikan tarif air ini kepada peniaga kecil seperti saya kerana akan menjejaskan pendapatan kami.

Air merupakan keperluan asas yang penting untuk semua orang dan apa-apa keputusan yang mahu diambil kerajaan negeri sepatutnya disertai dengan kajian mendalam kesannya kepada orang ramai," katanya.

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan kadar tarif air negeri ini akan dinaikkan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.

Guan Eng dalam keputusan itu turut menyalahkan penduduk kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan penggunaannya di negeri ini menjadi yang tertinggi.

Menurut Guan Eng, langkah menaikkan tarif air itu juga merupakan jalan terakhir dalam mendidik pengguna di negeri ini supaya lebih berjimat cermat dalam menggunakan sumber tersebut.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Mohd. Amirul Haikal, 23, berkata, alasan Ketua Menteri yang mendakwa kenaikan tarif tersebut sebagai usaha membendung masalah pembaziran air adalah kurang bijak.

Jika benar kerajaan negeri ikhlas membendung masalah pembaziran air, mereka harus memikirkan penyelesaian yang tidak akan menyusahkan kerana mereka telah dipilih untuk menjaga kebajikan, bukannya membebankan rakyat," katanya.

Bagi seorang lagi pengusaha gerai makanan, Joko Arif, 28, dia beranggapan tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif itu tidak akan menyelesaikan masalah pembaziran air dalam kalangan penduduk negeri ini.

Sepatutnya Ketua Menteri memikirkan penyelesaian lebih proaktif dan berkesan berbanding menggunakan jalan mudah menaikkan tarif air sebagai usaha membendung pembaziran," katanya.

Bagi kakitangan swasta, Azmadi Zakaria, 38, pula, langkah menaikkan tarif air itu tidak kena pada masanya kerana orang ramai masih lagi menyesuaikan diri dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga sepatutnya mengambil kira pendapat orang ramai sebelum bersetuju dengan cadangan itu supaya mereka dapat membuat persediaan awal.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat