{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


DAP Kedah mesyuarat Jun ini

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

LEE GUAN AIK

ALOR SETAR 4 April - Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik tidak gentar dengan ancaman dikenakan tindakan disiplin oleh DAP Pusat jika beliau meneruskan hasrat mengadakan mesyuarat agung tahunan dan memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP negeri yang baharu pada Jun ini.

Guan Aik berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) termasuk Majlis Disiplin juga masih belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), justeru bagaimana tindakan disiplin itu akan dikenakan terhadap beliau.

Saya ingin jelaskan keadaan sebenar kepada semua ahli DAP agar mereka tidak keliru dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli CEC DAP, Zairil Khir Johari yang kata parti akan ambil tindakan jika saya adakan mesyuarat agung tahunan.

DAP belum ada CEC lagi yang sah termasuk Majlis Disiplin dan kalau belum ada, Zairil hendak ambil tindakan kepada saya atas kuasa apa?

Mesyuarat agung tahunan ini akan tetap dijalankan pada Jun nanti dan kita akan hantar surat kepada 10 cawangan yang sah untuk menghantar wakil menyertai mesyuarat ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP Kedah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zairil semalam bahawa mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan Jun itu tidak sah kerana belum mendapat persetujuan DAP Pusat.

Guan Aik mungkin dikenakan tindakan tatatertib oleh parti jika terus mengadakan mesyuarat agung tahunan itu.

Menurut Guan Aik, adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai pengerusi yang disahkan jawatannya oleh ROS untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut kehendak perlembagaan parti.

Saya hanya jalankan mesyuarat agung tahunan kerana saya menghormati undang-undang dan Zairil sebagai seorang wakil rakyat perlu faham dan hormati undang-undang.

Saya sangat menyesal dengan apa yang dinyatakan oleh Zairil kerana dia tidak menyokong kebenaran dan tidak menghormati undang-undang demi kebaikan DAP.

Sebaliknya Zairil cuba mengancam saya dengan tindakan disiplin yang mungkin diambil dan dia sangat sombong serta angkuh," ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kedah, Zainol Endut berkata, AJK DAP Kedah telah mencapai kata sepakat dan mahu meneruskan agenda mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Jun ini.

Kami tidak kisah dengan ancaman dikenakan tindakan disiplin oleh DAP Pusat kerana kami berdiri di atas kebenaran. Apa tindakan yang akan dikenakan kepada kami pun kami tidak kisah termasuk digugurkan keahlian," katanya.

Letak jawatan: Karpal elak kemelut dengan ROS

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

BUTTERWORTH 4 April - Keputusan Karpal Singh melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi DAP dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada masalah yang melanda parti itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, tindakan Karpal itu mengundang pelbagai persoalan apatah lagi dibuat secara tergesa-gesa dan memalukan.

Beliau sebagai pemimpin besar' telah memalukan kaum Singh dan India di negara ini apabila meletakkan jawatan di sebuah kedai kopi, bukannya secara rasmi di Ibu Pejabat DAP negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Asoghan mengulas keputusan Karpal meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Sabtu lalu, ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 9 A (1) (B) Akta Hasutan 1948.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu melepaskan jawatan bukan sahaja tidak profesional malah tidak mustahil akan dicontohi pemimpin-pemimpin pembangkang lain dalam melepaskan diri daripada sebarang kemelut yang dihadapi mereka.

Dalam masa sama katanya, tindakan Karpal meletak jawatan tidak mustahak kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) masih belum disahkan ROS dan beliau hanya memegang jawatan Pengerusi yang belum disahkan.

Dalam perkembangan lain, Asoghan menggesa pihak berwajib menilai ketulenan 500 surat ketidakhadiran perwakilan DAP yang dikemukakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook kepada ROS sebelum ini.

Menurut beliau, perkara itu memandangkan ahli akar umbi DAP membuat aduan kepada ROS tidak menandatangani surat berkenaan yang memperincikan sebab tidak menghadiri CEC pada Disember 2012.

Menurut Asoghan, sekiranya surat itu palsu, Anthony Loke harus bertanggungjawab dan meletak jawatan selaku Ahli Parlimen Seremban.

Beliau kena lepaskan jawatan jika siasatan mendapati surat itu tidak sah," katanya.

Sementara itu, mengulas sikap Lim Guan Eng yang lebih banyak berdiam diri setiap kali persoalan mengenai kesahihan CEC dibangkitkan oleh ahli parti itu, Asoghan berkata:

Ini menunjukkan Guan Eng seorang yang sombong dan tokong. Sudah lama masalah ini berlarutan dan masih tidak selesai."

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat