Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH KUALA LUMPUR 8 April - Portal propembangkang, Malaysiakini yang dalam banyak perkara membuat laporan tidak bersandarkan fakta sebaliknya gemar bermain sentimen bagi memburuk-burukkan imej kerajaan disifatkan tidak ubah seperti Red Bean Army (RBA). Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Hamdan Mohd. Salleh berkata, Malaysiakini dan RBA dilihat sebagai entiti yang berkongsi agenda dan fokus sama sebagai ejen penyebar propaganda menerusi bantuan dana pihak tertentu. Katanya, JMM pernah membangkitkan mengenai isu dana asing diterima Malaysiakini tetapi sehingga kini portal berkenaan masih menutup mulut. "Anggota RBA pula didakwa dibiayai oleh banyak syarikat bagi membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan kerajaan. "Malaysiakini dan RBA mempunyai hubungan yang akrab untuk menjatuhkan kerajaan. Dana yang mereka peroleh amat besar dan mereka menafikan serta bersikap berdiam diri ketika pendedahan dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Hamdan, Malaysiakini semakin menjadi barah kepada kerajaan dan dilihat sebagai satu ancaman dengan memberi impak negatif terhadap pembaca khususnya di negara ini. Katanya, bentuk ancaman halus itu adalah liabiliti kepada kerajaan tetapi tiada tindakan diambil termasuk melibatkan isu portal propembangkang berkenaan memperoleh dana asing dalam menyebarkan agenda mereka. "Kerajaan harus bertindak awal jika ingin membendung ancaman halus yang telah menular dan menjadi racun kepada pemikiran rakyat," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Osman Mansor berkata, laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini lebih ke arah memburukkan keadaan apabila dengan mudah melemparkan tuduhan tidak berasas. Sedangkan katanya, sesuatu laporan itu mesti berlandaskan fakta dan ditulis mengikut garis panduan serta etika kewartawanan. |
RBA cetus kemarahan rakyat terhadap kerajaan Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT KUALA LUMPUR 8 April - Tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) dipercayai dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan bermotifkan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar mendedahkan, RBA yang bertindak sebagai pengatur cara merosakkan keamanan negara itu terdiri daripada pegawai bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit/makanan, doktor perubatan, pensyarah kolej swasta dan mekanik. Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada orang dalaman DAP itu mendapati modus operandi yang digunakan RBA cukup terancang iaitu untuk mencetuskan pelbagai isu semasa serta perkauman dan sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. "Tentera RBA ini akan memberi maklumat palsu dengan menyebarkan berita negatif berkenaan kerajaan, sementara menyampaikan tanggapan positif kepada masyarakat jika pembangkang diberi peluang mentadbir kerajaan pada masa akan datang. "Mereka juga menyasarkan pengguna internet dan pengamal tegar medium popular seperti Facebook, Twitter, blog serta portal berita yang majoritinya pengundi muda dan boleh menyebabkan kepada menentang kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pergerakan tentera itu dipantau oleh pihak pembangkang sendiri yang beroperasi di Hotel Concorde, Kuala Lumpur dan KOMTAR, Pulau Pinang serta mereka dibayar secara tetap dan bulanan sejak empat tahun lalu. "Agensi penguat kuasa terlibat perlu segera bertindak berikutan golongan ini sudah melampau dan jauh daripada landasan perjuangan serta boleh membahayakan keselamatan negara dan perpaduan rakyat. "Mereka perlu menyiasat dan menahan individu terbabit dengan penyebaran fitnah terhadap kerajaan. Jangan memilih kes kerana isu yang dicetuskan tentera RBA ini melibatkan keamanan negara," katanya. Tambahnya, tindakan memfitnah dan menghasut rakyat berhubung isu kehilangan pesawat MH370 sejak kebelakangan ini perlu dibendung segera kerana mereka mencuba mencemarkan imej Malaysia di kaca mata antarabangsa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |