{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Peluang miliki arca mini peribadi di i-city

Posted: 27 Apr 2014 07:55 AM PDT

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
(Yang mengikuti delegasi media ke
Zhongshan City Elephant
Sculpture Art Co., Ltd., Guangzhou, China baru-baru ini)

Contoh arca mini separuh badan yang boleh dihasilkan menggunakan teknologi pengimejan 3D.

RAMAI antara kita yang masih beranggapan bahawa penghasilan sesuatu arca itu adalah khusus untuk memperingati seorang tokoh atau sesuatu peristiwa sahaja.

Tanggapan tersebut timbul kerana sejak dahulu lagi, kita sedia maklum bahawa hasil karya seni patung dalam bentuk tiga dimensi (3D) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.

Selain memerlukan kepakaran tinggi, pembuatannya juga melibatkan kos yang tinggi dan tidak hairanlah jika patung seperti itu biasanya hanya dapat dilihat di muzium, taman hiburan dan kawasan yang menjadi tarikan pelancong atau tempat-tempat bersejarah.

Bagaimanapun, kini tanggapan sedemikian tidak lagi tepat kerana dengan perkembangan teknologi terkini, sesiapa pun boleh memiliki arca mereka sendiri dengan kos berpatutan iaitu menggunakan teknologi pengimejan 3D yang telah lama digunakan untuk menghasilkan prototaip dalam bidang kejuruteraan, automatif, perkilangan dan pembikinan filem.

Teknologi yang tercipta hasil pertembungan dua trend teknologi dalam dunia fotografi iaitu selfie dan percetakan 3D itu juga sekali gus menyebabkan muncul kaedah baharu untuk mengabadikan kenangan iaitu melalui penghasilan arca mini peribadi.

Apa yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga bakal berpeluang untuk menghayati teknologi baharu ini apabila Red Carpet@i-City di Shah Alam bakal membawa teknologi tersebut ke muzium lilin di situ pada hujung Mei ini.

Dengan kerjasama Red Carpet@i-City dan Zhongshan City Elephant Sculpture Art Co. Ltd. (ZCESA) dari China, sebuah studio yang dilengkapi pengimejan 3D akan dibina dalam muzium lilin tersebut.

Menggunakan teknologi yang paling maju setakat ini dan studio itu juga bakal menjadikan Red Carpet@i-City sebagai muzium lilin pertama di rantau ASEAN memilikinya.

Proses penghasilannya juga bukanlah sukar yang mana pengunjung yang berminat hanya perlu berdiri di atas tempat khas yang akan berputar 360 darjah untuk menjalani proses pengimbasan 3D.

Proses itu adalah semudah seperti mengambil gambar biasa tetapi bezanya menggunakan banyak kamera digital yang telah ditentukan fokusnya bagi mengambil gambar secara serentak daripada sudut berbeza.

Pada masa sama, satu perisian komputer akan menganalisis gambar dan secara automatik menghasilkan geometri 3D dan komputer akan digunakan bagi menghasilkan pelbagai imej untuk membentuk model subjek dalam bentuk digital 3D yang kemudiannya dicetak lapisan demi lapisan dalam serbuk komposit.

Secara umumnya, dua hari diperlukan untuk memproses atau menyunting setiap patung mini, bergantung kepada keadaan subjek ketika diimbas dan pakaiannya.

Hasilnya juga amat menakjubkan kerana menyerupai subjek hampir seratus peratus seperti warna kulit, warna rambut, bentuk badan dan warna pakaian yang dipakai.

Pengunjung juga boleh menggayakan aksi tersendiri mengikut cita rasa yang mereka mahukan pada patung mini peribadi tersebut.

Pada peringkat permulaan, Red Carpet@i-City menawarkan pilihan patung mini untuk saiz daripada 25 sentimeter hingga 35 sentimeter selain patung mini separuh badan.

Harga untuk sebuah patung mini bagaimanapun masih belum diputuskan dan hanya diumumkan ketika pembukaan studio itu nanti iaitu pada hujung Mei depan.

Dengan pengenalan teknologi pengimejan 3D ini juga, tidak hairanlah jika pemberian patung mini 3D ini pada suatu hari nanti akan menjadi satu kelaziman atau trend.

Objektif pengenalan teknologi ini selaras dengan pembangunan fasa kedua Red Carpet@i-City iaitu meningkatkan pengalaman interaktif pengunjung terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pembangunan tersebut termasuklah memperbanyakkan lagi patung lilin yang akan dipamerkan selain memperkenalkan ciri-ciri interaktif yang dipertingkatkan iaitu boleh mengeluarkan suara, bergerak, mempunyai kesan bunyi dan berlatarbelakangkan teater.

Sebagai contohnya, patung lilin Perdana Menteri pertama, Tengku Abdul Rahman yang boleh mengeluarkan suara Merdeka" dan mengangkat tangan dengan berlatar belakangkan suasana ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Gabungan teknologi multimedia juga digunakan untuk memeriahkan lagi pameran patung lilin bagi menampakkan patung tersebut seolah-olah hidup, sekali gus menjanjikan tarikan bertaraf dunia yang sudah semestinya akan memberi lebih impak kepada pengunjung.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat