Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Tubuh unit khas pantau JKKK
- RGTSU, Melaka meterai pajakan tanah 25 tahun
- Operasi besar-besaran banteras mesin judi
Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian Pengerusi dan Setiausaha JKKK selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK Peringkat Negeri Sembilan 2014 di Dewan MPS di Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid SEREMBAN 23 April - Kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi khusus bagi mengatasi masalah birokrasi dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, unit tersebut berperanan menjadi sebuah badan khas dalam meneliti serta memantau keperluan dan kehendak rakyat yang disampaikan melalui ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kita yakin unit ini mampu melenyapkan banyak lapisan birokrasi yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah mereka (rakyat). Sebelum ini, JKKK dipantau oleh Pegawai Daerah, namun kita melihat banyak masalah rakyat tidak sampai ke saya, ini mungkin Pegawai Daerah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu kerana terlalu ramai yang perlu dipantau," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini hari ini. Jelas Mohamad, selepas ini kesemua permasalahan rakyat yang diajukan kepada JKKK akan dibentangkan kepada unit tersebut untuk diberi perhatian. Usaha ini selari dengan hasrat kita untuk mensejahterakan rakyat kerana kita sekarang bukan sekadar untuk memberikan perkhidmatan malah ingin menawarkan bantuan kepada yang memerlukan. Kita tidak mahu lagi ada penduduk tercicir daripada menerima bantuan terhadap masalah yang dihadapi mereka," ujarnya. Sementara itu, katanya, seramai 372 orang telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin JKKK di negeri ini. Mereka ini akan berkhidmat untuk tempoh tiga hingga empat tahun sehingga pilihan raya umum akan datang. Kesemua yang dilantik ini telah melepasi proses saringan yang ketat di mana mereka ini merupakan calon yang dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan," katanya. |
RGTSU, Melaka meterai pajakan tanah 25 tahun Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT Idris Haron (dua dari kanan) menerima replika cek pampasan daripada Pengarah Urusan Petronas Gas Berhad, Yusa Hassan (dua dari kiri) di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - UTUSAN/Mohammad Dzulhisham Che Hassim MELAKA 23 April - Sebuah anak syarikat milik Petronas Gas Berhad (Petronas), Regas Terminal (Sungai Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU) menandatangani perjanjian pajakan tanah untuk tempoh 25 tahun bersama kerajaan negeri hari ini. Pajakan itu untuk kemudahan pembangunan dan operasi projek gas asli cecair (LNG) 'regasification' termasuk penempatan dua unit penyimpanan terapung, dermaga pulau dengan sistem 'regasification' LNG dan saluran paip dasar laut. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, perjanjian itu merupakan kerjasama dua pihak dalam menambahbaik perkhidmatan dan produk Petronas yang menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri. Kerajaan negeri menerima bayaran komitmen sebanyak RM1.18 juta sebagai pampasan. Jumlah tersebut merupakan bayaran kepada kegiatan regas oleh Petronas di Pusat Penapisan Petronas di Sungai Udang. Setiap tahun sejak hampir tiga tahun lalu, kerajaan negeri menerima sejumlah RM110,000 sebagai bayaran pajakan dan ini sedikit-sebanyak menambah pendapatan negeri," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dan menandatangani perjanjian itu di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. RGTSU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norarnizar Ali Amran dan Pengerusinya, Yusa' Hassan. Yang turut hadir menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar. Perjanjian itu adalah untuk tempoh pajakan selama 25 tahun antara 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2036 bagi kawasan seluas 15.795 hektar. |
Operasi besar-besaran banteras mesin judi Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT MELAKA 23 April - Kerajaan negeri akan menjalankan operasi besar-besaran dalam usaha membanteras sepenuhnya kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa dan sukar dibendung di beberapa lokasi sekitar negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, operasi tersebut akan melibatkan pelbagai agensi diterajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang kegiatan tersebut berikutan terdapat premis-premis perjudian kembali beroperasi semula walaupun telah diserbu dan diarahkan tutup. Menurutnya, operasi yang dirancang itu adalah setiap hari itu bertujuan untuk membanteras haram tersebut daripada terus berleluasa di negeri ini. Kita akan membendung kegiatan ini habis-habisan dalam memastikan penguatkuasaan terhadap premis terbabit serta individu dapat dilakukan secara berterusan. Pelaksanaan operasi harian secara konsisten itu seterusnya akan membantu kerajaan negeri menghapuskan sepenuhnya kegiatan tidak sihat tersebut yang sukar dibendung melalui penguatkuasaan biasa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. Jelas Idris, walaupun banyak premis mesin judi haram telah diserbu dan diarahkan tutup, tetapi masih ada pemiliknya yang degil dan menjalankan operasi seperti biasa. Justeru, operasi harian ini diharap dapat mengekang serta menjamin tiada lagi premis perjudian yang telah diarahkan tutup beroperasi semula," katanya. Selain itu ujarnya, pemilik premis turut diminta agar lebih peka dan prihatin terhadap jenis perniagaan atau perkhidmatan ada pihak yang ingin menyewakan kedai mereka. Katanya lagi, pemilik premis perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil tahu kegiatan apa yang bakal dijalankan penyewa sebelum membenarkan premis tersebut disewakan. Tindakan juga bakal diambil terhadap pemilik premis seperti mengenakan syarat ketat terhadap bangunan dimiliki dan tindakan lain yang lebih keras jika gagal mematuhi arahan tersebut," tegasnya. Sementara itu tambahnya, kerajaan negeri turut mencadangkan pusat perjudian berlesen di negeri ini dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak premis tersebut dikunjungi orang Islam. Pemasangan CCTV ini bagi menggantikan cadangan asal meletakkan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di semua pusat perjudian berlesen di negeri ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |