{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pelbagaikan ilmu di pondok

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh Nazarrudin Idris
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 23 April - Institusi pengajian pondok disarankan agar membuka pintu kepada agensi latihan kemahiran bagi mempelbagaikan cabang ilmu yang boleh dipelajari kepada pelajar-pelajar di situ.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, langkah itu perlu diambil untuk membantu melonjakkan potensi institusi berkenaan terutama dalam menyediakan nilai tambah dari segi aspek kemahiran kepada warga pondok.

Beliau berkata, cadangan itu bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan Islam itu tetapi menyahut seruan agama agar umat Islam kaya dengan segala ilmu yang ada.

Ilmu agama adalah tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya dituntut oleh agama.

Ummah yang mantap didikan agama Islamnya dan kaya pula dengan pelbagai kemahiran sudah pasti tidak mudah diperkotak-katikkan, sebaliknya dihormati, disegani dan disanjungi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Dewan Seri Mentalon di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, hubungan antara pihak pemerintah dengan institusi pengajian pondok perlu terjalin dengan akrab melalui perbincangan bersama untuk memastikan institusi ini dapat memainkan peranan dalam memperkasa ilmu Islam.

Pihak kerajaan akan sedaya upaya berusaha membantu institusi ini dalam pelbagai aspek yang difikirkan sesuai demi masa depan kita bersama," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri telah merangka beberapa usaha untuk memartabatkan institusi pondok pada tempat sewajarnya termasuk pelan jangka pendek melibatkan pemberian elaun guru pondok sebanyak RM2,000 sebulan.

Program ini telah dijalankan sejak Januari tahun ini dengan melibatkan 11 pondok. Selain itu, kerajaan negeri turut memberi wakaf kitab sebanyak RM20,000 setahun kepada 11 pondok tersebut.

Strategi berikutnya adalah untuk menyelaras kurikulum pembelajaran di pondok agar selaras dan seragam dengan sukatan pelajarannya, bersesuaian tuntutan semasa. Ini akan diselia oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah," jelasnya.

Perak rancang bangun wilayah selatan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my

ZAMBRY ABD. KADIR

IPOH 23 April - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan Wilayah Pembangunan Perak Selatan, mirip projek pembangunan Iskandar Malaysia di Johor yang melibatkan kawasan bersempadan dengan Selangor hingga ke Hilir Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, idea pembangunan di bawah Perak Amanjaya itu dicadangkan memandangkan kawasan selatan negeri ini tidak termasuk dalam mana-mana wilayah atau koridor pembangunan.

Beliau berkata, nilai pelaburan di wilayah itu kelak mampu mencecah beratus bilion ringgit dan perancangannya turut mengambil kira peranan kilang pengeluar kereta nasional Proton City di Tanjung Malim.

Kerajaan negeri masih pada peringkat perbincangan dengan kerajaan Pusat untuk pembangunannya.

Pembangunannya berasaskan kemampuan sesebuah daerah sama ada sesuai untuk industri automatif, pembangunan pendidikan mahupun pelabuhan atau industri keluli seperti di Manjung kerana kawasan itu memiliki pelaburan asing iaitu Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. (Vale)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Menurut Zambry, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan kerajaan Pusat berhubung perkara itu.

Menurutnya, permohonan rasmi akan dikemukakan sebaik sahaja pelan pembangunan yang dicadangkan siap sepenuhnya.

Dari segi pembangunannya kelak, wilayah ini diharap dapat menggerakkan pembangunan menyeluruh di kawasan selatan negeri ini.

Juga diharapkan pembinaan lebuh raya baharu Pantai Barat akan merancakkan lagi pertumbuhan wilayah ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan negeri tidak serius mengatasi masalah kecurian pasir.

Menurut beliau, ini adalah tuduhan yang tidak betul, sebaliknya kerajaan negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah itu.

Mereka (pembangkang) juga tahu isu pasir bukan mudah untuk diatasi, jadi untuk mengatakan kerajaan tidak melakukan apa-apa, ini tidak betul.

Semua pihak kena serius untuk mengatasi isu ini dan jangan ada pihak yang cuba melindungi mereka yang terlibat," katanya.

Kedah mahu jadi pengeluar kelapa matag, pandan

Posted: 23 Apr 2014 11:57 AM PDT

SURAYA Yaakob melihat pokok dan buah kelapa matag selepas merasmikan Kursus Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kelapa 2014 di Pusat Pertanian ban Merbok, Jalan Segantang Garam, Merbok, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 23 April - Pengeluaran kelapa matag dan pandan di Kedah boleh dipertingkatkan jika pengusahanya membuat pemantauan tentang serangan kumbang perosak, Rhynchophorus Ferrugineus yang menjejaskan tanaman itu sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaakob berkata, semua pihak termasuk pegawai pengembangan Jabatan Pertanian perlu serius jika ingin melihat bidang itu terus berkembang maju.

Katanya, tanaman pokok kelapa matag dan pandan seluas 1,900 hektar ketika ini tidak mencukupi dan perlu diperluaskan lagi.

Mulai tahun depan, kita mahu memastikan tambahan seluas 40 hektar tanaman pokok kelapa matag dilakukan secara serius," katanya ketika merasmikan Kursus Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kepala 2014 yang dihadiri 40 kakitangan Jabatan Pertanian negeri, Perlis dan Pulau Pinang di Pusat Pertanian Ban Merbok Jalan Segantang Garam Merbok di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri Jabatan Pertanian Malaysia, Zabind Dun dan Pengarah Pertanian negeri, Ismail Salleh.

Menurut Suraya, Kedah mampu menjadi pengeluar kelapa matag dan pandan yang berkualiti jika semua pihak terlibat berjaya membawa transformasi tersebut dengan kaedah betul.

Pada masa ini, tiga daerah dipilih untuk projek tanaman kelapa matag iaitu Kuala Muda, Langkawi dan Padang Terap.

Salah seorang peserta, Nor Hafizah Abdul Rahman, 37, dari Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda berpendapat, langkah diambil oleh pihak berkenaan bagi mengadakan kursus tersebut adalah baik sekali.

Apabila kakitangan lebih memahami secara jelas kaedah menanam pokok kelapa matag dan pandan, mereka dapat sampaikan perkara itu kepada petani dengan mudah," katanya.

Pegawai Pertanian Daerah Langkawi, Mohd. Reduan Ahmad pula berkata, memperbanyakkan tanaman kelapa matag dan pandan boleh melahirkan industri pengeluaran minyak kelapa dara, nira kelapa dan jeli kelapa untuk keperluan tempatan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat