{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


SEG penyumbang modal insan berkualiti

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

Abdullah Ahmad Badawi (duduk, tiga dari kanan) dan Jeanne Abdullah bergambar bersama pegawai pengurusan serta sebahagian pelajar ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Rembau, Negeri Sembilan, semalam.- UTUSAN/ABD. RAZAK AID

REMBAU 4 April - Keperkasaan menjana ilmu berteraskan pendidikan Islam tradisional dan moden telah menempatkan Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG) antara penyumbang besar kepada modal insan yang ada kekuatan kerohanian dan pemikiran.

Penasihat Kehormat Yayasan Sofa, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, struktur pengajaran dan pembelajarannnya, bukan sahaja mengutamakan perihal Islam tetapi turut melonjakkan prestasi akademik dalam keputusan peperiksaan peringkat kebangsaan.

Saya kagum dengan pencapaian yang dilakukan oleh Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau ini dan institusi di bawah SEG ini kerana mereka membina banyak kejayaan dalam waktu yang singkat melalui komitmen dan kesungguhan semua peneraju.

Kemajuan ini secara tidak langsung berupaya melahirkan modal insan yang cemerlang, bukan sahaja dari aspek akademik malah merangkumi ilmu Islam berteraskan kitab al-Quran, jadual pembelajaran yang baik, pengajian kitab yang tersusun, malah pembangunan insan yang tidak pernah terabai.

Ini secara pasti negara akan dapat dibangunkan oleh modal insan yang mempunyai ilmu yang seimbang, sekali gus memacu kecemerlangan demi agama bangsa dan negara," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), di sini semalam.

Hadir sama isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Shukor Sabudin.

STIAS merupakan sekolah berasrama penuh aliran pendidikan agama dan akademik, di mana ia sebahagian dalam rangkaian pendidikan SEG selain Sekolah Rendah Islam As Sofa, Darul Quran wal Hadis (tahfiz), Kolej Islam As Sofa (KIS).

Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, apa yang menjadi kebanggaan di SEG ini ialah pelajarnya turut belajar beberapa kitab yang pada waktu ini tidak banyak diajar atau dibaca seperti kitab hadis Shohih Bukhori, Shohih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Turmudzi, Sunan an-Nasai dan Sunan Ibnu Majah.

Saya boleh nyatakan bahawa STIAS dan SEG ini adalah institusi yang patut dijadikan contohnya khususnya pendidikan aliran agama.

Kecemerlangan yang dicapai oleh SEG ini kerana dekatnya di hati mereka al-Quran dan Sunah. Bukan itu sahaja, ilmu hadis juga dipelajari bersama, tanpa menjejaskan pendidikan akademik. Terbukti kedua-dua elemen ini telah melonjak prestasinya," ujar beliau.

Kata Abdullah lagi, beliau juga berbangga apabila dimaklumkan dalam taklimat tertutup bahawa SEG melalui sebuah yayasan yang diwujudkan di Pekan Baru, Riau, Indonesia telah pun membuka cawangan mereka di negara tersebut.

Saya maklum, pelajar telah pun berada di negara itu dan mengikuti pengajian kitab lama (turath) secara intensif di sana selama beberapa tahun dan ini merupakan satu perkembangan positif dan membanggakan bagi sekolah mahad ini," jelasnya.

Pada majlis itu semalam, Abdullah dan Jeane turut menyampaikan pelbagai anugerah kecemerlangan pendidikan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mereka yang telah menghafal antara 15 hingga 30 juzuk al-Quran.

Polis lupus dadah bernilai lebih RM80,000

Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT

MELAKA 4 April - Pelbagai jenis dadah bernilai RM82,320 dilupuskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Ketua JSJN negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, kesemua dadah tersebut adalah barang kes yang membabitkan 390 kertas siasatan di daerah Melaka Tengah dalam tempoh empat tahun sejak 2009 hingga 2012.

JSJN melupuskan kesemua dadah itu atas perintah mahkamah selepas kes diselesaikan dan pesalah turut dijatuhi hukuman," katanya selepas melupuskan dadah-dadah tersebut di IPK Melaka di sini.

Menurut Md. Azmi, pelupusan itu membabitkan dadah jenis heroin sebanyak 240.109 gram (g), ganja (1,394.817 g), syabu (216.316 g), ketamin (173.6 g), pelbagai pil (51.349 g) dan kodein (113 mililiter-ml).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat