{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Tok Gajah makin sukar digugat

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN ,
ZAZALI JAMIAN dan SHAHRINNAHAR LATIB
sukan@utusan.com.my

PENYERANG Selangor, Paulo Rangel (kiri) menewaskan dua pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan untuk gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Penguasaan Tok Gajah makin sukar digugat apabila membenam T-Team 2-0 untuk mengukuhkan cengkaman pendahulu Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.

Kemenangan membolehkan Pahang mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Pahang mempamer aksi cemerlang apabila mendapat jaringan seawal minit kedua menerusi penyerang import, Matias Conti.

Jaringan itu menyuntik semangat Tok Gajah untuk menambah gol dan pada babak kedua, tandukan pemain kebangsaan, Azammuddin Mohd. Akil pada minit ke-57 menjadikan kedudukan 2-0.

Di Stadium Shah Alam, Selangor menghadiahkan kekalahan kesembilan buat Perak selepas menang 1-0 dalam perlawanan yang dicemari insiden dua kad merah.

Jaringan kesembilan Paulo Rangel pada minit kelapan sudah mencukupi buat Red Giants meraih kemenangan di laman sendiri untuk terus menghambat Pahang dengan satu mata di belakang.

Rangel yang menerima hantaran dalam kotak penalti merembat cantik ke penjuru pintu gol Perak tanpa mampu diselamatkan Razi Effendi Suhit.

Namun, momentum Selangor sedikit terencat apabila pemain import Brazil, Evaldo Silva Dos Santos yang kali pertama diturunkan mendapat kad merah pada penghujung permainan sebelum pelawat turut kehilangan pemain apabila Muhd. Raffi Nagorgami diarah keluar padang pada minit ke-66.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, ATM gagal memperbaiki kedudukan liga apabila tewas 0-2 kepada Kelantan.

Dua gol Kelantan dijaringkan Badhri Radzi pada minit ke-44 dan Francis Forkey Doe minit ke-83. Kelantan kini di tangga keempat dengan 20 mata, manakala skuad bimbingan B. Sathianathan kekal di kedudukan kedua tercorot.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura Sime Darby melakar kejutan dengan menumpaskan Lions XII 1-0.

Sime Darby menjadi pasukan kedua dari Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata di Jalan Besar selepas Kelantan melakukannya pada 2012.

Gol tunggal Sime Darby dijaringkan oleh Syukur Saidin pada minit ke-45.

Pengurusan PBNP kunci mulut

Posted: 12 Apr 2014 11:46 AM PDT

Oleh Herman Hamid
sukan@utusan.com.my

KUANTAN - Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) enggan memberi ulasan mengenai laporan Utusan Malaysia semalam berhubung pencalonan persatuan itu kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim yang dihubungi Mingguan Malaysia masing-masing mengambil pendirian mengunci mulut berhubung isu berkenaan.

Sebaik diminta ulasan mengenai berita utama Sukan Utusan Malaysia semalam, Muhammad Saffian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak mempunyai sebarang komen.

Kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya.

Tiada sebarang ulasan daripada pihak saya," katanya.

Laporan berita utama Sukan Utusan Malaysia semalam memetik sumber dengan melaporkan PBNP mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden FAM.

Sultan Ahmad Shah juga setakat ini masih belum menyatakan pendirian sama ada akan mempertahankan jawatan bagi penggal 2014-2018.

Sementara itu, Fuzzemi pula memaklumkan anggota exco PBNP tidak mengetahui mengenai pencalonan berkenaan.

Ya saya baca (laporan Utusan Malaysia). Biarlah dulu, saya pun tidak dapat untuk mengesahkan apa-apa.

Perkara ini diputuskan Yang Teramat Mulia Presiden PBNP (Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman, Sultan Ahmad Shah)," katanya sambil menyatakan tidak tahu menahu mengenai individu yang dicalonkan PBNP sebagai Presiden FAM.

Berhubung pencalonan PBNP yang dianggap memberi isyarat bahawa Sultan Ahmad Shah akan berundur daripada jawatan Presiden FAM yang disandang sejak 30 tahun lalu, Fuzzeimi berkata: Itu dalam laporan akhbar, namun kita pun tidak tahu, elok saya tidak komen apa-apa."

Kongres FAM ke-50 yang akan berlangsung pada 25 Mei ini bakal memilih pucuk pimpinan badan kebangsaan itu bagi penggal 2014-2018.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat