{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Chong Wei banyak silap

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Simon Santoso (kiri) dan Lee Chong Wei bergaya untuk jurugambar selepas menerima hadiah masing-masing di kejohanan badminton Terbuka Singapura semalam. - AFP

KUALA LUMPUR - Banyak melakukan kesilapan sendiri dan tidak terlalu fokus adalah punca utama yang menyaksikan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tumbang kepada Simon Santoso dari Indonesia dalam perlawanan akhir Siri Super Terbuka Singapura 2014 semalam.

Chong Wei yang masih segar dengan kejuaraan Siri Super Terbuka India minggu lalu tumpas straight set 15-21, 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Menurut jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, pujian harus diberikan kepada pemain Indonesia tersebut kerana mempamerkan aksi cemerlang untuk menumpaskan Chong Wei yang dianggap tidak terlalu fokus mengenai kejohanan tersebut.

Kami memang menjangkakan Simon akan bermain dengan baik hari ini (semalam), malah Chong Wei melakukan banyak kesilapan untuk membolehkan lawan mengutip mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, tidak ada apa yang berlaku terhadap juara All England 2014 itu dan selepas ini dia akan pulang ke tanah air untuk membuat persiapan menjelang Piala Thomas di New Delhi, India yang berlangsung bulan depan.

Sementara itu, Simon yang merupakan pemain nombor 52 dunia berkata, dia berasa begitu puas kerana sudah sekian lama tidak dapat menumpaskan Chong Wei di mana kali terakhir ialah di suku akhir Siri Super Terbuka Jepun 2009.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Indonesia dan penonton yang datang ke stadium hari ini, selepas ini saya harus mengekalkan kestabilan dalam kejohanan akan datang dan cuba untuk bermain lebih bagus," katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Simon membawa pulang wang tunai AS$22,500 (RM72,792) manakala Chong Wei meraih AS$11,400 (RM36,881) selaku naib juara dan setakat ini sudah meraih tiga gelaran musim iaitu Terbuka Malaysia pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India.

Perlawanan akhir wanita pula menyaksikan pemain perseorangan China, Wang Yihan menumpaskan rakan senegara, Li Xuerui 21-11, 21-19, manakala beregu lelaki juga milik negara Tembok Besar itu apabila Cai Yun-Lu Kai menumpaskan pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia-Hsin 21-19, 21-14.

China turut mengungguli acara beregu wanita apabila Bao Yixin-Tan Jinhua mengejutkan pilihan pertama dari Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl 21-14, 19-21, 21-15.

Perlawanan akhir beregu campuran pula menyaksikan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyiana Natsir berjaya menumpaskan rakan senegara, Riky Widianto-Puspita Richi Dili 21-15, 22-20.

Perlu fokus kepada setiap perlawanan - Zainal

Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
Nahar.latib@utusan.com.my

Penyerang Pahang, Matias Conti (kanan) menjaringkan gol pertama Pahang dalam perlawanan Liga Super dengan T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. Pahang menang 2-0. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mahu anak buahnya tidak bermegah dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super bagi mengelak dibuai khayalan yang akhirnya boleh mengganggu fokus mereka di atas padang.

Sebaliknya, bekas tonggak Pahang itu berkata, setiap perlawanan yang menanti dalam baki saingan Liga Super musim ini harus dihadapi dengan komitmen 100 peratus agar mencapai matlamat yang disasarkan.

Alhamdulillah dengan melaksanakan perkara itu, pasukan Pahang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Matlamat saya hanya untuk menyediakan pemain supaya setiap mereka lebih fokus dan bermain secara konsisten sepanjang 90 minit perlawanan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan T-Team di Stadium Darul Makmur di sini kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Tok Gajah berjaya membenam T-Team 2-0 sekali gus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super.

Kemenangan itu membolehkan Pahang mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut.

Pahang memperoleh gol seawal minit kedua oleh penyerang import, Matias Conti, disusuli jaringan pemain kebangsaan, Azammuddin Mohd. Akil pada minit ke-57.

Zainal berkata, ketika ini moral pemain berada di dalam keadaan terbaik dan mereka optimis untuk mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, mengenai perlawanan kelmarin, dia berbangga dengan kemenangan itu kerana katanya bukan mudah untuk mengalahkan pasukan yang sama dalam tempoh seminggu.

Tambahan pula, T-Team turut dibarisi dengan pemain import baharu iaitu Leandro Dos Santos yang berasal dari Brazil, tetapi semua pemain menjalankan tugas dengan baik.

Saya lihat Conti dan Fauzi Roslan selaku tonggak serangan turut membantu rakan-rakan di posisi lain ketika menerima asakan T-Team," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat