{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Fungsi Sri Kandi diperkasa

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

Muhammad Abdul Ghani melihat penyediaan makanan oleh ahli Sri Kandi yang menyertai pertandingan masakan sempena Hari Kepenggunaan Sri Kandi PBTM Kelantan di Kubang Kerian, semalam. - Utusan/ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

KOTA BAHARU 9 April - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan akan memperkasakan kira-kira 14,000 ahli sayap wanitanya, Sri Kandi yang berfungsi sebagai mata dan telinga untuk membantu persatuan itu.

Yang Dipertuanya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, Sri Kandi yang dianggotai isteri dan balu bekas tentera di negeri ini turut disaran supaya bergerak aktif khususnya dalam aktiviti membabitkan komuniti setempat.

Sumbangan ahli Sri Kandi boleh membantu usaha memperkasakan organisasi ini serta menjadi penggerak yang aktif kepada PBTM.

Saya harap kewujudan Sri Kandi tidak hanya pada nama saja tetapi sebaliknya mereka bersama-sama merancang pelbagai kegiatan bagi memantapkan organisasi serta seiring dalam menjayakan hala tuju PBTM di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kepenggunaan Sri Kandi PBTM Kelantan di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Sri Kandi PBTM Kelantan, Che Hasnah Che Kar dan Pengerusi Biro PBTM Kelantan, Ibrahim Konok.

Sempena program tersebut, turut diadakan ceramah kepenggunaan oleh wakil Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan dan pertandingan memasak.

Muhammad berkata, Sri Kandi mesti bersikap proaktif bagi merebut peluang dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan sebagai usaha menjana pendapatan kepada keluarga mereka.

Saya berharap Sri Kandi juga dapat mewujudkan rangkaian bukan saja dalam kalangan mereka tetapi turut menjalin kerjasama lebih luas dengan organisasi wanita di negeri ini terutama dalam mempelbagaikan pengetahuan serta kemahiran.

Kita juga mahu pemimpin Sri Kandi lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan ahli di cawangan masing-masing supaya dapat memberi kefahaman serta maklumat semasa untuk faedah ahli mereka," katanya.

Pelajar SMK Sri Aman lancar kempen benci dadah, sifar rokok

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

Mohd. Ariffin Nordin mengetuai bacaan ikrar pada Majlis Penutup Minggu Disiplin di SMK Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.

PASIR PUTEH 9 April - Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman dekat sini mengadakan kempen Benci dadah, sifar merokok dan bendung ponteng sekolah" sempena Minggu Disiplin selama seminggu yang berakhir semalam.

Pengetuanya, Ruhani Mohamad berkata, program itu bertujuan memperkasakan disiplin bagi memacu kecemerlangan akademik dengan memberi fokus terhadap usaha mengekang ketelanjuran pelajar dengan penggunaan pil kuda yang boleh memusnahkan masa depan mereka.

Beliau berkata, pelajar wajib diberi kesedaran dan penekanan supaya tidak terpengaruh dengan rakan-rakan liar dan tidak terjebak dengan dadah, rokok atau ponteng sekolah yang akan memusnahkan masa depan mereka.

Pencegahan adalah lebih utama daripada mengubatinya. Ini bermakna pendidikan yang global berkaitan pembentukan sahsiah perlu seimbang dengan ilmu akademik yang disampaikan di bilik darjah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Menara Ilmu anjuran Yayasan Nurul Yaqeen yang turut dihadiri Pengarahnya, Nor Zanah Jamuri di Dewan Besar SMK Sri Aman, dekat sini semalam.

Pada majlis tersebut, pelajar sekolah itu yang diketuai Mohd. Ariffin Nordin melafazkan ikrar untuk tampil sebagai warga negara yang sihat, cemerlang dan sentiasa menyahut transformasi negara serta mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara.

Ruhani berkata, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu itu ialah pertandingan kelas berdisiplin, jumlah kehadiran paling tinggi, ceramah berkaitan buli dan vandalisme, kempen pemakaian topi keledar serta pemeriksaan disiplin pelajar.

Ujian air kencing bagi mengesan pelajar yang mungkin terbabit dengan penagihan dadah juga dilaksanakan," katanya.

Menurut beliau, program yang dilaksanakan itu memberi peluang kepada pelajar mempelajari dan mengamalkan perlakuan baik yang boleh membentuk sikap yang positif serta menyedari pendidikan bukan hanya mencakupi pengetahuan akademik sahaja tetapi merentasi perihal pembinaan sahsiah insan.

Pihak pengurusan sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan Yayasan Nurul Yaqeen yang sudi membantu pembangunan bina insan di sekolah dengan menyediakan pakar motivasi yang mampu merangsang perubahan pelajar sekolah ini," katanya.

Kontraktor diminta tidak pinggirkan bumiputera

Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT

KOTA BHARU 9 April - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Kelantan berharap kontraktor utama fasa 1B Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai dari Pasir Hor ke Kadok di sini mengagihkan projek tersebut sebanyak 10 sehingga 20 peratus kepada bumiputera.

Yang Dipertua PKMM, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, pada masa sama projek itu harus dilaksanakan oleh pihak kontraktor utama sendiri.

Kontraktor utama juga tidak boleh menyerahkan projek tersebut kepada pihak ketiga untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi kepada yang bukan bumiputera memandangkan asas tender ini dahulu dibuka kepada kontraktor bumiputera.

Kita berharap projek ini akan akan turut diagihkan kepada kontraktor bumiputera kelas kecil dan sederhana sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera dalam sektor pembinaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib YDP PKMM Kelantan, Abd. Rahim Hassan dan Setiausaha Kehormatnya, Aziz Mohd. Yusoff.

Majlis pecah tanah projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 April lalu.

Projek sepanjang tujuh kilometer bernilai RM168.5 juta itu akan bermula hari ini dan dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat