{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


TKPM jana pendapatan lumayan

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

ARIFFIN Awang (kiri) dan Abdullah Ismail (kanan) menunjukkan buah rock melon yang sedia dituai sewaktu melawat ladang sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Ladang Kontrak Peserta TKPM dan FAMA di Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan, semalam. - UTUSAN/HAPIZAH AZIZ

TANAH MERAH 11 April - Seramai enam peserta projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Batang Merbau di sini, dijangka memperoleh peningkatan pendapatan sehingga RM300,000 dalam tempoh tiga musim tahun ini.

Pengeluaran tanaman rock melon yang diusahakan menggunakan sistem Sektor Perlindungan Hujan (SPH) di kawasan itu membolehkan mereka menghasilkan tanaman gred A dan mampu mencatatkan harga pasaran yang tinggi.

Permulaan projek yang bermula pada tahun 2009 itu mencatatkan pendapatan RM2,000 sebulan tetapi tahun ini dijangka meningkat sehingga RM4,500 seorang di kawasan tanaman seluas kira-kira 1.1 hektar dengan penggunaan lebih 60 unit SPH.

Pengarah Pertanian Negeri Kelantan, Abdullah Ismail berkata, kejayaan itu diperoleh berikutan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Kelantan yang mengendalikan pasaran hasil tanaman tersebut.

Beliau berkata, peserta hanya menumpukan perhatian mengeluarkan hasil tanaman terbaik tanpa perlu memikirkan pasarannya.

Kerjasama itu juga memastikan hasil pengeluaran dari projek TKPM itu mendapat pasaran dalam dan luar Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Ladang Kontrak Peserta TKPM Batang Merbau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Wilayah Timur dan RTC Kelantan, Ariffin Awang; Timbalannya, Muhamad Fadlee Hassan; Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan),Che Mohd. Nor Che Endok dan Pegawai Pertanian Jajahan Tanah Merah, Mohd. Nazmin Ismail.

Menurut Abdullah, peserta projek TKPM itu juga dijangka akan menghasilkan kira-kira 36 tan buah tersebut pada musim ini manakala musim kedua dan ketiga akan bermula mengikut keadaan semasa.

Kawasan untuk tanaman berkenaan juga akan diperluaskan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau memberitahu, komitmen yang ditunjukkan oleh FAMA dan Jabatan Pertanian bagi meningkatkan pendapatan petani terlibat membolehkan perjanjian jual beli itu dapat diadakan.

Justeru katanya, setakat ini dua kawasan projek TKPM di negeri ini iaitu kawasan TKPM Lojing, Gua Musang dan TKPM Batang Merbau telahpun mengadakan perjanjian jual beli itu.

Sementara itu, Ariffin Awang berkata, sepanjang tahun 2013, pihaknya mengendalikan jualan barangan berjumlah RM217 juta.

Katanya, pendapatan itu diperoleh melalui penglibatan 617 peserta dalam pelbagai bidang perniagaan dan keusahawanan.

Abdullah Fahmi, Munirah johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-57

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Abdullah Fahmi Che Nor dan Munirah Kasim bersama hadiah yang dimenangi selepas dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-57 di Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan, malam semalam.

KOTA BHARU 11 April - Qari dari Machang, Abdullah Fahmi Che Nor serta qariah dari Tanah Merah, Munirah Kasim muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Ke-57 yang berlangsung di Kompleks Islam Darulnaim, di sini malam tadi.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, pakej umrah, motosikal, cenderamata serta sijil.

Abdullah Fahmi, 30 serta Munirah, 47, juga akan mewakili Kelantan pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang di jadual berlangsung di Pahang, pada 13 hingga 17 Mei.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi qari dari Tanah Merah, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah serta qariah dari Bachok, Radziah Ibrahim yang membawa pulang wang tunai RM4,000, piala iringan serta sijil.

Pemenang tempat ketiga pula ialah qari dari Jeli, Khairul Azwar Alias serta qariah dari Kota Bharu, Che Aminah Ceh Awang yang membawa pulang RM3,000, piala iringan serta sijil.

Upacara pengurniaan hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Seramai 22 qari dan qariah dari seluruh negeri mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan Al-Quran Asas Perpaduan Ummah.

Sementara itu, Munirah ketika ditemui pemberita berkata, kejayaan itu menebus kekecewaannya tidak dapat mewakili Kelantan pada tahun lalu apabila sekadar mendapat naib johan selain terpaksa menunggu selama 23 tahun sebelum para qariah dibenarkan bertanding oleh kerajaan negeri.

Kali terakhir saya menang ketika berusia 15 tahun, iaitu pada 1982 namun tidak layak mewakili negeri kerana bawah umur. Pada 1990, saya terpaksa berhenti kerana kerajaan negeri tidak membenarkan qariah bertanding," katanya.

Abdullah Fahmi menyifatkan kemenangan itu sebagai pengiktirafan yang akan membakar semangatnya untuk terus mendalami al-Quran dan berazam untuk berusaha sebaik mungkin mewakili Kelantan untuk bertanding di peringkat kebangsaan bulan depan.

Tarmizi, Nur Hidayah wakili Terengganu

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Ahmad Tarmizi Ali dan Nurhidayah Abd. Rahman bersama hadiah yang diterima mereka selepas muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Terengganu Ke-57 di Dataran Bandar Marang, malam semalam.

MARANG 11 April - Johan rancangan realiti televisyen, Akademi al-Quran musim keempat, Ahmad Tarmizi Ali, 29, dipilih sebagai qari terbaik dalam Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri di Dataran Marang di sini malam tadi.

Ahmad Tarmizi yang membawa pulang wang tunai RM7,000, sijil penyertaan dan piala akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung mulai 13 hingga 17 Mei depan.

Johan qariah pula disandang oleh penuntut tahun akhir jurusan Reka Bentuk Perindustrian dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Nur Hidayah Abd. Rahman, 23.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad Tarmizi yang juga merupakan penceramah bebas berharap peluang ke peringkat kebangsaan buat kali ketiga selepas tahun 2002 dan 2011 itu akan menjadi pemangkin untuknya berusaha lebih gigih.

Saya bersyukur dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan ini dan berjanji akan berusaha sehabis baik untuk tidak mengecewakan rakyat Terengganu khususnya pada pertandingan itu nanti," ujarnya yang berasal dari Dungun.

Naib johan qari dengan hadiah wang tunai RM5,000 disandang oleh Aziz Mohamad yang juga berasal dari Dungun manakala Abu Bakar Deraman dari Hulu Terengganu di tempat ketiga (RM5,000).

Tempat kedua bagi kategori qariah pula menjadi milik Azizah Zakaria yang juga berasal dari Setiu manakala Raziyati Mohd. Ali di tempat ketiga.

Kembar kepada Nur Hidayah, Nur Jannah yang turut bertanding gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas.

Mungkin kali ini rezeki lebih memihak kepada saya berbanding adik," kata anak kelapan daripada 10 beradik itu yang pernah dua kali mewakili negeri pada pertandingan peringkat kebangsaan iaitu pada tahun 2010 dan 2011.

Sementara itu, kesemua lapan peserta yang mendapat hadiah sagu hati bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai RM2,000, sijil penyertaan serta cenderamata yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat