{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Teliti lakukan perancangan majukan rakyat - Sultan Mizan

Posted: 13 Apr 2014 11:42 AM PDT

Sultan Mizan Zainal Abidin memeriksa barisan kawalan kehormat dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 13 April - Segala perancangan ke arah memajukan rakyat dan negeri harus dilakukan secara teliti agar tidak menjejaskan usaha mencorakkan masa depan yang dimpikan.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, kegagalan untuk merancang dengan baik akan hanya menggagalkan perancangan itu.

Di samping itu, titah baginda, penghayatan nilai Islam akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan negeri dan menghindarkan daripada perbuatan rasuah dan penyelewengan.

Titah baginda, pada masa yang sama, pembangunan fizikal dan ekonomi juga perlu seiring dengan pembangunan rohani dan spiritual rakyat serta pemimpinnya.

Dalam erti kata lain, rakyat beta diacu mengikut acuan Islam dan nilai-nilai murni sejagat serta pembangunan yang bakal ditempa nanti tidak terpisah daripada dasar-dasar yang digariskan al-Quran dan Sunah," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Berangkat sama, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Baginda mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan juga kepada waki-wakil rakyat yang terus menjalankan amanah serta tanggungjawab memenuhi kepercayaan rakyat dalam mentadbir negeri.

Baginda turut berpuas hati dengan perkembangan dalam aspek pendidikan, pelancongan, pertanian, kesihatan, perumahan, pengurangan kadar jenayah, pencapaian sukan serta usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam mengeluarkan rakyat daripada lingkaran kemiskinan.

Beta berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang berdaya tahan pada tahun 2013 yang telah memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM20.2 bilion.

Dengan pengekalan yang kukuh melalui asas ekonomi domestik dan pelaburan swasta serta pasaran tenaga kerja yang stabil, dijangka pertumbuhan ekonomi negeri terus positif pada tahun ini.

Kadar pengangguran pada tahun 2013 sebanyak 3.3 peratus boleh distabilkan lagi sehingga 2.5 peratus dalam tahun yang sama manakala kadar inflasi terkawal iaitu 3.2 peratus pada Disember 2013," titah baginda.

Sementara itu, baginda menasihatkan ahli dewan supaya menjadikan persidangan sebagai satu landasan mengutarakan hujah dan idea secara intelektual dan profesional bagi menyumbang kepada pembangunan rakyat dan negeri.

Hindarkan sifat buruk semasa berhujah dan mengutarakan pandangan. Berkhidmatlah dengan ikhlas kepada rakyat, demi kebajikan dan kesejahteraan mereka. Sebagai wakil rakyat, jagalah tutur bicara supaya tidak menghiris perasaan rakyat," titah baginda.

Wabak denggi, kencing tikus serius

Posted: 13 Apr 2014 11:42 AM PDT

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

Zulkifle Ali (kanan) dan Ahmad Razin Ahmad Mahir (kiri) bersama murid menyapu lantai dewan sekolah pada majlis sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 1, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Torek Sulong

PASIR PUTEH 13 April - Peningkatan kes denggi dan wabak kencing tikus di Kelantan sejak akhir-akhir ini perlu diberi perhatian serius oleh seluruh rakyat negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, sebanyak 1,522 kes membabitkan demam denggi dicatatkan tahun lalu dengan melibatkan empat kematian.

Beliau berkata, wabak kencing tikus pula mencatat 168 kes dengan enam kematian bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Sehubungan itu kata Ahmad Razin, pihaknya akan memperhebatkan kempen mengenainya di seluruh daerah di negeri ini.

Kita mahu orang ramai tidak kira peringkat usia memahami tentang bahaya penyakit terbabit dan berusaha mencegah ia daripada terus meningkat.

Bagi kes denggi, daerah Kota Bharu menyumbang sebanyak 83 peratus kes yang dikesan bermula awal Januari sehingga Mac tahun ini dan diikuti daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 1, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifle Ali.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Wan Mansor Hamzah dan Pegawai Kesihatan Pasir Puteh, Dr. Zawiyah Dollah.

Sementara itu, Ahmad Razin berkata, notis dan denda maksimum turut dikeluarkan kepada pemilik rumah persendirian dan premis perniagaan yang didapati bersalah dengan penemuan kawasan yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Bagi penyakit kencing tikus, katanya, ia tidak hanya berlaku di kawasan rekreasi malah melibatkan kawasan kediaman tertentu di seluruh daerah berdasarkan penyelidikan susulan selepas pesakit terbabit dirujuk ke hospital.

Jabatan akan mengeluarkan notis atau papan tanda penemuan virus berkenaan sekiranya ia ditemui di kawasan rekreasi untuk meningkatkan kewaspadaan pengunjung," katanya.

UPP Kelantan rampas tembakau bernilai RM323,683

Posted: 13 Apr 2014 11:42 AM PDT

Rusli Karim (kiri) menunjukkan tembakau yang dirampas selepas menahan sebuah lori di perumahan Dusun Muda, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Yatimin Abdullah

TUMPAT 13 April - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas 4.3 tan tembakau mampat dan kering yang cuba diseludup masuk ke negara ini serta sebuah lori dianggarkan bernilai RM323,683 di kawasan Perumahan Dusun Muda, Kota Bharu di sini hari ini.

Komander UPP Negeri, Rusli Karim berkata, rampasan tersebut adalah hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh anggotanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 6 pagi sepasukan anggota UPP Kelantan mengekori sebuah lori dari simpang empat Wakaf Mek Zainab menghala ke Jalan Kebun Sultan dan dipercayai menuju ke Bandar Kota Bharu.

Setiba di hadapan bangunan Wisma Persekutuan, kenderaan yang dinaiki oleh anggota UPP Kelantan telah dihalang tiga buah kenderaan tonto.

Anggota UPP Kelantan kemudiannya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk mendapatkan bantuan dari pasukan peronda bagi mengesan lori berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat UPP Pengkalan Kubor dekat sini hari ini.

Tambahnya, lori berkenaan akhirnya berjaya dikesan oleh anggota UPP Kelantan dan telah ditinggalkan di kawasan perumahan Dusun Muda.

Rusli memberitahu, lori berkenaan serta barangan rampasan tersebut telah dibawa ke pejabat UPP Pengkalan Kubor untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan pihaknya menemui 179 bungkus tembakau mampat dan 39 bungkus tembakau kering yang disorokkan di belakang polisterin.

Suspek meletakkan polisterin itu bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati kesemua tembakau ini untuk pasaran Lembah Klang.

Kami percaya tembakau ini dibawa masuk ke dalam negara dengan menaiki bot melalui jalan laut iaitu di Kuala Besar kemudian tembakau itu dibawa menaiki lori untuk diedarkan," katanya.

Kes akan diserahkan kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan di siasat di bawah seksyen 52(1) Akta Lembaga Kenaf Tembakau Negara 2009.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat