{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Projek Lembah Silika bakal bermula

Posted: 17 Apr 2014 11:36 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

TENGKU Putera

KUALA TERENGGANU 17 April - Fasa pertama projek pembangunan Lembah Silika di atas tapak seluas kira-kira 1,800 hektar di Setiu dan Marang dijangka bermula selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketika ini, beberapa proses teknikal termasuk kerja-kerja mereka bentuk bangunan sudah mula dijalankan.

"Jika tidak ada halangan, saya jangka peringkat pertama daripada empat peringkat keseluruhan projek tersebut dapat dimulakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Projek tersebut dilancarkan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Februari 2012.

Terengganu mempunyai rizab terbesar pasir silika di rantau ini dengan lebih 80 juta tan metrik deposit gred tinggi dan dianggarkan mampu bertahan selama lebih 70 tahun.

Syarikat konsortium, TRG Perindustrian Mineral Sdn. Bhd. (TIM), yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan projek tersebut dijangka memperuntukkan pelaburan di antara RM350 juta dan RM400 juta bagi membangunkan penceriaan atau nilai tambah dalam industri hiliran di Lembah Silika.

Apabila projek tersebut siap sepenuhnya kelak, dijangka membuka peluang pekerjaan kepada hampir 1,000 orang termasuk 350 orang pada tahap industri I&II manakala selebihnya bagi tahap industri aplikasi (hiliran).

Menurut Tengku Putera, kerajaan negeri mahu industri baharu berasaskan sumber alam negeri ini dapat memberikan nilai tambah yang besar buat negeri dan rakyat.

"Ini akan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu pemprosesan pasir silika Gred 1&2 (peringkat pertama), di samping pemprosesan silika peringkat industri tinggi (peringkat 2).

"Ini akan diikuti dengan pembangunan industri hiliran seperti pengeluaran sodium silikat, palet kaca mentah, blok dan rod (peringkat 3) dan penubuhan industri kaca apung di Kertih (peringkat 4)," ujarnya.

Tengku Putera berkata silika di kawasan tersebut bermutu tinggi dengan kandungan 99.5 hingga 99.7 peratus silikon oksida yang boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan pelbagai produk industri.

Tambahnya, kerajaan negeri menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan TIM untuk mengendalikan projek berkenaan memandangkan reputasi yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Sebuah lagi loji air dibina di Kemaman

Posted: 17 Apr 2014 11:36 AM PDT

AHMAD SAID

DUNGUN 17 April - Kerajaan negeri akan membina sebuah lagi loji air di Kemaman untuk memenuhi keperluan yang makin meningkat dan sebagai persiapan menangani sebarang kemungkinan berlakunya krisis bekalan pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pembinaan loji terbabit perlu dibuat dengan segera memandangkan daerah Kemaman kini semakin pesat membangun dan peningkatan penduduk yang makin ketara.

Katanya, loji air sedia ada di Bukit Sal yang menyediakan bekalan sebanyak 180 hingga 200 juta liter sehari tidak akan mampu menampung keperluan termasuk apabila beberapa kilang besi gergasi yang sedang dan dibina mula beroperasi.

Ahmad berkata, selain kilang besi gergasi Eastern Steel di Teluk Kalong, dua lagi kilang besi dijangka dibina di kawasan itu membabitkan sebuah syarikat dari luar negara.

"Sebuah syarikat besi dari Korea Selatan akan menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri membabitkan pelaburan sebanyak RM6.6 bilion.

"Sebuah lagi syarikat telah menyatakan hasrat untuk melabur kira-kira RM1.6 bilion, kalau cukup rizab bekalan bijih besi syarikat itu akan melabur RM16 bilion,"katanya ketika mengadakan lawatan ke Stesen Janaelektrik Sultan Ismail di Paka di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Azman Mohd. Ketua Pegawai Koporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mat Razali Kassim dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohd. Anuar Awang.

Ahmad berkata, bagi kilang Eastern Steel yang dijangka siap akhir tahun ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bekalan untuk kegunaan kilang itu daripada loji di daerah Dungun.

"Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM50 juta untuk membina paip air yang akan disambungkan dari Dungun ke Kawasan Teluk Kalung, Kemaman," katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu juga loji di Bukit Sal itu turut dinaik taraf agar mampu menampung 240 juta liter air sehari manakala loji baharu yang akan dibina nanti turut mampu menampung kapasiti yang sama.

"Loji air baharu itu kini dalam proses melantik perunding dan apabila kedua-dua loji air itu siap nanti daerah Kemaman bebas daripada risiko krisis air," katanya.

Pangkalan bot dinaik taraf

Posted: 17 Apr 2014 11:36 AM PDT

BACHOK 17 April - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf pangkalan bot pelancongan di Pantai Kemasin di sini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, usaha membangunkan pangkalan bot pelancongan itu adalah di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Beliau berkata, projek itu turut dirancang bagi membantu meningkatkan pendapatan kumpulan sasaran di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Katanya, projek itu apabila siap nanti turut membuka ruang kepada penduduk menyediakan perkhidmatan bot kepada pelancong yang berminat ke Pulau Perhentian dan lain-lain pulau yang berdekatan.

"Pangkalan bot ini berpotensi maju berdasarkan lokasinya yang strategik kerana berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa dan tidak jauh dari bandar Kota Bharu menerusi banyak rangkaian jalan pintas yang boleh digunakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu katanya, kerajaan Pusat terus berusaha menjadikan daerah ini sebagai hab pelancongan dengan menyediakan peruntukan merangkumi pelbagai projek pembangunan termasuk membina kemudahan prasarana jalan pantai.

Katanya, strategi membangunkan daerah ini turut merangkumi usaha mewujudkan pangkalan bot pelancong dan galakan kepada penduduk tempatan membabitkan diri secara aktif dalam industri berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini projek pembinaan jalan pantai telah siap dilaksanakan melibatkan beberapa pesisir pantai yang menjadi tumpuan utama pelancongan di daerah ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat