{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


UCB biayai 200 pelajar miskin

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh Adnan Mohamad
utusanterengganu@utusan.com.my

A. Latiff Awang (enam dari kiri) bersama pihak pengurusan UCB dan para penerima anugerah dalam majlis Malam Anugerah Kualiti 2013 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 1 April - Kolej Universiti Bestari (UCB) Setiu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membiayai 200 pelajar miskin yang mengikuti pengajian peringkat asasi tahun ini.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah UCB, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansur berkata, pembiayaan ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dalam dua bidang pengajian iaitu Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Pengurusan.

"Tahun ini melalui pengambilan yang dibuka sehingga Jun depan, kita sediakan pengajian percuma selama setahun untuk setiap pelajar peringkat asasi bernilai RM7,500 dengan syarat mereka memperoleh keputusan sekurang-kurangnya lima kredit termasuk Matematik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Kualiti UCB 2013 di sini baru-baru ini, yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri, A. Latiff Awang.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 150 jemputan itu, A. Latiff menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada 11 kakitangan UCB.

Yang turut hadir Naib Cancelor UCB, Prof. Dr. Mustapha Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh.

UCB, sebuah pusat pengajian tinggi swasta yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari telah dinaik taraf sebagai sebuah kolej universiti pada Ogos 2012 dengan tidak berteraskan keuntungan semata-mata.

Sementara itu, A. Latiff ketika berucap dalam majlis itu menghargai usaha UCB yang terus memberi peluang lebih luas anak-anak golongan kurang berkemampuan dan bernasib baik menyambung pengajian dan meringankan bebaban mereka sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

"Usaha ini sangat membanggakan pihak kerajaan negeri," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada UCB kerana mampu bersaing dengan lain-lain institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu juga katanya, kerajaan negeri sedia membantu UCB dalam pelbagai segi supaya kolej universiti itu muncul sebagai institusi ternama di negara ini.

MyTrain: UniSZA-Terato Tech meterai MoU

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Yahaya Ibrahim (kiri) dan Rezal Razali menunjukkan dokumen perjanjian yang ditandatangani di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 1 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat yang terbabit secara khusus dalam bidang pembangunan aplikasi bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan oleh sekumpulan penyelidik mereka iaitu 'MalaysiaTrain' atau 'MyTrain'.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, syarikat tersebut, Terato Tech. Sdn. Bhd. secara dasarnya telah menyatakan minat untuk membangun dan mengkomersialkan produk hasil ciptaan penyelidik dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

"Kita percaya bahawa produk My Train ini dapat diketengahkan untuk kemudahan orang ramai seterusnya dapat menjana pendapatan kedua-dua belah pihak.

"Oleh itu, saya berharap agar UniSZA Consultancy Sdn. Bhd. (UCSB) yang telah terlibat secara aktif dalam perbincangan awal bersama pihak penyelidik dan Terato Tech Sdn. Bhd. dapat memainkan peranan penting dalam merealisasikan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani MoU antara UniSZA dan Terato Tech Sdn. Bhd. di Dewan Senat, di sini semalam.

Aplikasi itu mendapat pengiktirafan apabila memenangi pingat emas dan anugerah khas dari Korea University Invention Association pada Persidangan Antarabangsa dan Penciptaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Pecipta 2013) yang berlangsung pada 7 dan 9 November tahun lalu.

Aplikasi itu hasil inisiatif empat penyelidik iaitu Nor Aida Mahiddin dan suaminya, Wan Mohd. Hasbullah Wan Abdul Rahman serta Azwa Abdul Aziz dan Ahmad Nazari Mohd. Rose.

Dalam pada itu Azwa memberitahu, setakat ini, seramai 3,146 pengguna telah menikmati applikasi MyTrain selepas diperkenalkan pada Disember tahun lepas.

Katanya, aplikasi yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UniSZA itu bertujuan memudah dan menggalakkan pengguna tren khususnya pelancong untuk menggunakan kenderaan awam.

"Aplikasi ini merangkumi semua laluan rangkaian tren di sekitar Lembah Klang termasuk ERL (Express Rail Link Sdn. Bhd), LRT (Sistem Transit Aliran Ringan), KTM Komuter dan KL Monorel.

"Kami juga menyasarkan sehingga 50,000 pengguna tren menggunakan aplikasi MyTrain pada akhir tahun ini," katanya yang memberitahu aplikasi tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk merujuk penjadualan tren malah boleh memberi maklumat kepada pengguna tentang tempat menarik di sekitar stesen bagi mempromosikan lokasi berkenaan.

Terengganu terima RM46.4 juta

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

Jamil Khir Baharom (dua dari kanan) beramah mesra dengan pegawai-pegawai daerah yang hadir sambil diperhatikan Mazlan Ngah (kanan) dalam Majlis Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 1 April - Kerajaan Pusat memperuntukkan Lebih RM46.4 juta kepada kerajaan negeri bagi tujuan pembayaran elaun imam, guru Takmir, guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) di negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.75 juta bagi elaun 1,043 imam, RM2.19 juta pula kepada 249 guru Takmir dan RM35.26 juta untuk 3,442 guru KAFA manakala selebihnya iaitu kira-kira RM210,840 akan diserah kepada tujuh orang PPMD.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan merupakan sebahagian daripada RM875 juta yang disalurkan oleh kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menggerakkan usaha meninggikan syiar Islam di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Mohd. Rozali Salleh dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Katanya, peruntukan besar yang disediakan pada setiap tahun itu merupakan sebahagian daripada bukti komitmen berterusan kerajaan dalam membela nasib keempat-empat golongan tersebut.

"Dalam masa penjelajahan saya bersama imam-imam ini (bagi tujuan penyerahan peruntukan pembayaran elaun), banyak pesanan yang kita sampaikan kepada mereka kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagai pemangkin malah mereka juga boleh menjadi teraju utama khususnya dalam membina keharmonian masyarakat setempat.

"Alhamdulillah, kita lihat usaha yang tersusun rapi ini akan kita teruskan supaya masjid boleh menjadi sebuah institusi yang memberi kelegaan, kelapangan, zon rasa tenang dan selamat dengan kita membina pendekatan imam-imam, khutbah serta pengajaran masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan dalam ucapannya memberitahu, kerajaan negeri menyambut baik usaha yang digerakkan oleh Jakim itu bagi berkongsi idea memantapkan ilmu pengetahuan.

"Ini juga dapat menaikkan semangat mereka untuk meningatkan lagi usaha memantapkan pengurusan dan pengimarahan masjid," ujar beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat