{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Statistik jenayah pelajar menurun

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

Jalaluddin

KOTA BHARU 6 April - Statistik kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah di negeri ini menunjukkan penurunan pada tahun lalu berbanding 2012.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pada tahun 2013, sebanyak 90 kes melibatkan pesalah juvenil di mana 122 pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai jenayah.

Beliau berkata, jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 55 kes berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan sebanyak 145 kes.

"Pada 2012 juga kita menahan 203 pelajar yang terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk jenayah berat.Kebanyakan penjenayah ini melakukan kesalahan seperti mencuri, pecah rumah dan mencuri motosikal," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Bulan Cakna Disiplin 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sultan Ismail, Abd. Rashid Che Abd. Rahman.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kualiti disiplin pelajar secara menyeluruh dalam memastikan mereka sentiasa menjaga nama baik sekolah, guru dan ibu bapa selain mengamalkan nilai-nilai murni di dalam segala aspek kehidupan harian.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, pihaknya juga bimbang dengan jumlah pelajar yang melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu tanpa lesen.

"Kesalahan jalan raya membabitkan pelajar begitu ketara, ramai daripada mereka gagal mematuhi undang-undang semasa memandu.

"Antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah ialah tiada lesen memandu, melanggar lampu isyarat, tidak memakai topi keledar dan mengubah suai kenderaan termasuk nombor pendaftaran dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.

Tambah Jalaluddin, perkara tersebut berlaku disebabkan kurangnya disiplin serta tahap moral pelajar yang rendah.

"Saya meminta kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mematuhi peraturan jalan raya terutama memiliki lesen yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya,

Dalam pada itu, Jalaluddin memberitahu, pihak polis turut mengambil pelbagai pendekatan bagi mencegah gejala tidak sihat di kalangan pelajar seperti mengadakan pemantauan di setiap sekolah di negeri ini.

RM549,000 bina, baiki rumah bekas tentera

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

PASIR MAS 6 April - Kerajaan memperuntukkan RM549,000 untuk membina dan membaiki rumah bekas anggota tentera di Kelantan dan Terengganu di bawah Program Membaiki Rumah, Strategi Lautan Biru (NBOS) Ke-7 pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, projek tersebut akan dikendalikan oleh Jabatan Jurutera ATM.

"Bagi Kelantan, kita akan membina tujuh rumah baharu dan empat dibaik pulih, manakala bagi Terengganu pula sebanyak tiga dibina baharu dan empat dibaik pulih.

"Pembinaan baharu ini melibatkan peruntukan sebanyak RM45,000 manakala untuk baik pulih berjumlah RM11,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa melawat seorang bekas anggota tentera, Abdul Razak Awang, 49, yang terlantar sakit di rumahnya di Taman Perumahan Jintan, Chetok dekat sini hari ini.

Abu Bakar berkata, bantuan tersebut merupakan bentuk penghargaan pihak kerajaan atas pengorbanan yang telah dicurahkan oleh bekas tentera mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh satu ketika dulu.

"Kita meminta bekas-bekas tentera atau balu di Kelantan dan Terengganu supaya mendaftar dengan PBTM bagi memudahkan pemberian bantuan kepada mereka.

"Masih terdapat anggota bekas tentera yang belum berbuat demikian dan ini menyukarkan kami untuk mengesan bagi memberikan bantuan kepada mereka," kata beliau.

Tambahnya, antara kemudahan yang diberi kepada balu dan bekas anggota tentera yang mendaftar dengan PBTM adalah bantuan sara hidup antara RM100 hingga RM300 sebulan; bantuan persekolahan dan institusi pengajian tinggi awam, politeknik, bantuan peralatan pesakit dan bencana alam sebanyak RM5,000.

PR1M rintis penglibatan pemimpin komuniti

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

KUALA TERENGGANU 6 April - Penubuhan pusat-pusat pemulihan bagi pesakit yang dirintis oleh pemimpin masyarakat dan bekas pesakit di negeri ini wajar dicontohi di seluruh negara bagi memperluaskan konsep pemulihan dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selama ini pusat-pusat sedemikian dijayakan oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

Beliau merujuk kepada Pusat Rehabilitasi 1Malaysia (PR1M), Seberang Takir di sini yang digerakkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Rafiz Abdul Rahman dan Baitul Cakna, Ajil Hulu Terengganu oleh kalangan bekas penagih.

"Langkah yang diambil adalah selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru, melalui kerjasama pelbagai pihak yang dapat menjimat kos, meningkatkan tahap keberkesanan dengan membawa perkhidmatan kesihatan lebih hampir dengan komuniti.

"Selain mengatasi masalah kesesakan di hospital, ia juga memudahkan proses pemulihan, bukan sahaja soal kesihatan fizikal tetapi juga soal emosi dan sosial di samping soal ekonomi," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PR1M di sini hari ini sempena Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan yang turut dihadiri para Pengarah Kesihatan negeri-negeri.

Menurut beliau, pihak kementerian bersedia membekalkan khidmat kepakaran untuk membantu pusat-pusat ini beroperasi dengan lancar dan sempurna.

PR1M yang dirasmikan pembukaannya pada 1 Mei 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan rawatan pemulihan secara percuma terutama kepada pesakit angin ahmar dan jantung terutama di sekitar Seberang Takir dan lain-lain kawasan dalam Parlimen Kuala Nerus.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat