{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Inovasi PUO hasilkan kejayaan

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

PASUKAN Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar bersama hasil inovasi yang berjaya memenangi pingat gangsa menerusi Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IPOH 1 April - Politeknik Ungku Omar (PUO) berjaya meraih pingat gangsa dalam Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam PUO, Hasmiza Hussin berkata, kemenangan itu diperoleh melalui produk hasil inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bertajuk 'Compact Refrigerant Recovery Machine.

Katanya, produk berkenaan dihasilkan oleh pelajar JKM, Shamsul Naimi Mohd. Nayawi dan Mohammad Mudzafar Idris dengan dibantu pensyarah, Dr. Choong Chee Guan, Syed Amear Syed Arifin dan Azmi Naroh.

"Dalam pertandingan yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari lalu, PUO telah menghantar tiga projek hasil inovasi dari tiga jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PUO.

"Ini merupakan penyertaan kali kedua PUO dalam pertandingan ini dan antara politeknik yang turut serta adalah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Hasmiza, dalam pertandingan berkenaan, PUO bersaing dengan penyertaan lebih daripada 400 hasil reka cipta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT), institusi penyelidikan, institusi kemahiran dan sekolah-sekolah dalam dan luar negara.

Katanya, penyertaan itu merupakan sebahagian usaha untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) Politeknik Premier 2014 melalui dua objektif strategik iaitu melonjak politeknik sebagai institusi peneraju latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan membina jenama dan reputasi.

"Di samping itu, penyertaan ini juga merupakan landasan bagi pelajar dan pensyarah untuk mempertandingkan hasil projek inovasi mereka dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dikomersialkan," ujarnya.

UPNM juara Pencak Silat Antarabangsa UPSI

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

PASUKAN Universiti Pertahanan Nasional Malaysia muncul juara keseluruhan kategori nstitusi pengajian tinggi awam dalam Kejuaraan Pencak Silat dan Jemputan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

TANJUNG MALIM 1 April - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) muncul juara keseluruhan pada Kejuaraan Pencak Silat dan Jemputan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung selama lima hari baru-baru ini.

Dalam kejohanan yang bermula 12 hingga 16 Mac di dewan Kolej Ungku Omar UPSI itu, UPNM berjaya merangkul lapan pingat emas, satu perak dan satu gangsa bagi kategori institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kemenangan itu membolehkan UPNM membawa pulang wang tunai RM1,500, sijil dan piala iringan.

Tempat kedua dimenangi UPSI A dengan pungutan enam pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Politeknik Ungku Omar (PUO) menduduki tempat ketiga apabila meraih empat emas, empat perak dan lapan gangsa.

Bagi kategori pasukan antarabangsa, Malaysia muncul juara keseluruhan dengan lapan pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Dalam kategori sama, Pahang merangkul tempat kedua dengan lima emas dan lima gangsa manakala Perak pula tiga emas, dua perak dan dua gangsa berada di kedudukan ketiga.

Kejohanan kali kelima dianjurkan itu menghimpun kira-kira 1,000 pesilat daripada 47 pasukan termasuk lima pasukan antarabangsa yang terdiri daripada Malaysia, Uzbekistan, Indonesia, Singapura dan Bangladesh.

Sasar tingkat pendapatan negeri

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 1 April - Kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari punca baharu bagi meningkatkan pendapatan ne-geri khususnya menerusi tiga sumber utama iaitu tanah, hutan dan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini dilakukan menerusi penubuhan Jawatankuasa Meningkatkan Hasil Negeri yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Menurutnya, selain itu kajian juga dilakukan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Meningkatkan Hasil Negeri yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

"Kerajaan sedang mencari ruang-ruang lain termasuklah mengenal pasti sumber-sumber baharu sebagai contohnya dalam konteks tanah untuk menambah pendapatan negeri.

"Kerajaan memikirkan bagaimana tanah-tanah yang diluluskan dan yang telahpun dibayar premium tetapi tidak dikeluarkan hak milik supaya dapat mengutip hasil berte-rusan.

"Kelewatan mengeluarkan hak milik dikenal pasti sebagai antara faktor kerajaan kehilangan sumber hasil," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ngeh Khoo Ham (DAP-Setiawan) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Khoo Ham yang mendakwa kenaikan caj pembangunan yang terlalu tinggi menyebabkan pemaju hilang minat untuk melaksanakan pembangunan, Zambry berkata, perkara itu akan dinilai.

Menurutnya, cadangan pelaksanaan caj pembangunan sebanyak 25 peratus yang dikenakan kepada pemaju akan dinilai bagi memastikan caj yang dikenakan realistik mengikut kawasan yang dibangunkan.

"Antara elemen yang akan dinilai semula adalah daripada segi pengezonan semula dan pertukaran status

tanah yang akan menyebabkan caj pembangunan yang terlalu ketara tinggi.

"Saya dapati ada kawasan-kawasan yang dizonkan semula oleh Jabatan Penilaian, misalnya adakala kawasan A kadarnya tinggi dan kawasan B pula rendah.

"Ada juga beberapa zon yang pertukaran status tanahnya perlu kita lihat semula," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat