{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Sofia Abbas galak jurusolek bersijil

Posted: 27 Nov 2013 05:48 AM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHAHARANI SAIBI

KEHEBATAN Sofia Abbas dalam bidang solekan dan jurukecantikan memang tidak boleh dinafikan.

SELAMA lebih 27 tahun Sofia Abbas berkecimpung dalam dunia solekan. Selama itu juga pengalamannya semakin bertambah dan pelbagai kelayakan ditimba semata-mata untuk menjadikan bidang solekan sebagai satu bidang profesional pada kelasnya tersendiri.

Sofia juga memperkasakan dirinya sebagai tenaga pengajar dengan segala ilmu berharganya dicurah kepada generasi muda tak kira baharu atau lama yang betul-betul berminat dalam bidang yang dinamakan sebagai jurukecantikan.

Sebagai tenaga pengajar, Sofia tahu betapa pentingnya mempunyai sijil sebagai bukti pentauliahan seseorang jurukecantikan. Manfaatnya dari segi kerjaya juga terlalu banyak dan tidak hanya terhad kepada jurusolek sahaja.

"Cuma kadang kala ibu bapa skeptikal terhadap minat anak dan bertanya apa faedahnya menjadi mak andam. Cabaran saya untuk membuka minda ibu bapa dengan memberitahu ini adalah kerjaya profesional iaitu sebagai jurukecantikan.

"Tugas jurukecantikan ini luas, boleh buka pusat latihan, boleh bekerja dengan stesen televisyen, sebagai jurumekap artis, pengurus salun kecantikan dan sudah tentu sebagai tenaga pengajar sekiranya mereka mempunyai sijil kelayakan," ujar Sofia yang ditemui di Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Sofia, begitu ramai jurusolek yang ada di Malaysia ini mempunyai bakat yang hebat namun tidak pula mahu memiliki sijil kemahiran berdasarkan bakat dan pengalaman yang mereka ada.

"Akademi Kecantikan Artistik Diyana sebenarnya telahpun diiktiraf untuk memberikan kelayakan dan sijil kepada pelajar kami menerusi pentauliahan seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1 hingga 3.

"Untuk pentauliahan memang susah, perlu ada kemahiran dan modul yang telah dirangka khusus. Modul juga dikemas kini apabila mencapai satu tempoh. Bukan setakat SKM, Akademi juga memberi banyak peluang kepada jurusolek untuk menaikkan taraf kerjaya sendiri menerusi pelbagai program yang diiktiraf kerajaan," jelasnya.

Hebah program menerusi Facebook

Sebelum berkecimpung dalam bidang solekan, Sofia memiliki perniagaan kedai bunga yang diceburinya selama 12 tahun. Dia juga turut menjual beberapa produk kosmetik yang dari situ memberinya peluang untuk mengembangkan karier dalam bidang kecantikan.

"Kosmetik saya jual pada bengkel-bengkel kecantikan dan dari situ dapat jemputan buat bengkel solekan pula. Kemudian saya belajar mekap dengan jurusolek Indonesia dan mula buka bengkel pada tahun 1987.

"Pada tahun itu saya mula beli kedai dan mula buat andaman pengantin, Diyana Training Centre untuk solekan.

"Sekarang ini saya tengah ikhtiar melatih mereka yang bukan dari pusat menjalani latihan dengan garis panduan dari pusat latihan," katanya.

Jelas Sofia, sekarang ini ramai jurusolek pandai menyolek tapi tiada pentauliahan sendiri. Pelajar di Akademi Diyana katanya, memang dilatih dan dibimbing hingga berjaya sehinggakan ramai pelajar yang sudah menamatkan kursus mampu membuka salun sendiri.

" Saya menggalakkan jurusolek mendapat maklumat terkini menerusi laman Facebook saya. Selepas mendapat sijil SKM mereka boleh mohon jadi tenaga pengajar di kolej komuniti kolej dan mendapat gaji pada tahap mereka yang mempunyai ijazah," jelas Sofia.

Hasilkan Buku

Ilham daripada arwah suami, Mohd. Amin Awang, yang meninggal dunia pada tahun lepas, membolehkan Sofia menghasilkan buku solekannya sendiri.

Arwah suaminya yang melihat kesungguhan Sofia dalam dunia solekan sebenarnya telah lama menyuarakan idea tersebut dan Sofia berjaya merealisasikan setelah ketiadaan suami.

"Saya menjadi murung selepas kematian suami dan terus hasilkan buku dan terus fokus pada buku hingga siap dalam tempoh enam bulan.

"Buku Teknik Merapi Kening dan Solekan Mata ini juga didedikasikan kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus solekan, sekolah vokasional sebagai buku bacaan tambahan," katanya.

Akan datang Sofia akan menghasilkan lagi lapan siri teknik solekan yang mana segala teknik dan pengalamannya sebagai jurukecantikan dikongsi untuk dimanfaatkan pada pelajar yang berminat menambah ilmu.

Dicabuli bos

Posted: 27 Nov 2013 05:48 AM PST

NORI tidak mahu terus menjadi mangsa kepada golongan lelaki. - Gambar hiasan

MENERIMA kiriman emel memberitahu dirinya diterima menjadi pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat pembekal barang kesihatan di ibu negara adalah satu berita yang amat menggembirakan Nori (bukan nama sebenar), 25. Tidak sabar rasanya memulakan kerjaya yang menurut Nori tidak membosankan sementelah dirinya seorang yang sangat suka berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang awam.

"Ia bukanlah kerja pertama saya tapi selepas berbual dengan rakan serumah, saya teruja mencubanya," cerita Nori yang ditemui di sebuah persidangan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nori sememangnya seorang wanita yang menarik. Walaupun tidak memakai pakaian yang berjenama atau benar-benar mengikut tema majlis, Nori tetap kelihatan menawan. Barangkali susuk tubuh Nori yang tinggi dan berbentuk membuatkan dia kelihatan 'seksi' pada setiap penampilannya.

Bagai tahu apa tersirat di hati saya, Nori mengakui di tempat kerja lamanya dia memang menjadi rebutan petugas lelaki sama ada bujang mahupun yang sudah berkahwin dan atas dasar itu jugalah dia mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan kerjaya di tempat baharu.

Episod sentuhan

"Tujuan saya menceritakan hal ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi mungkin membuka mata masyarakat bahawa senario seperti ini terjadi dalam negara kita," Nori membuka cerita.

Kalau setakat menyakat, Nori memang sudah lali. Malah dia juga bersikap selamba dan tidak terlalu jumud mengendalikan hal gurau senda rakan sekerja. Sebab itu juga Nori disenangi semua rakan.

Dia tidak mudah ambil hati dan tidak juga sombong. Semua dilayan sama rata dan Nori tidak mempunyai rakan baik sebaliknya lebih selesa menganggap semuanya sebagai sahabat.

"Memang ketika mula-mula bekerja saya mengenakan pakaian yang seksi dan ketat. Maklumlah baru habis kolej. Masa itu dapat pula bekerja di sebuah bangunan hebat tersergam di ibu kota jadi setiap hari saya melaram. Ada rakan yang menyakat bila saya pakai skirt pendek atau baju ketat tapi saya tetap selamba.

"Bos saya memang antara yang sentiasa memuji saya bila berpakaian begitu. Christopher (nama majikan yang juga bukan nama sebenar) selalu memanggil saya ke biliknya untuk berbincang tentang strategi pemasaran syarikat kami.

"Mula-mula perjumpaan di bilik, lama-lama Christopher mula mengajak saya makan tengah hari bersamanya. Tiada apa yang luar biasa bagi saya hinggalah Christopher mula melakukan beberapa sentuhan terhadap saya. Ketika menjemput saya duduk contohnya, punggung saya disentuh. Mulanya saya menyangka sekadar tersentuh tapi lama kelamaan sentuhannya mula terasa di bahagian lain tubuh saya pula," cerita Nori lagi.

Episod 'sentuhan' Christopher pada Nori rupanya tidak berakhir di situ. Nori memang perasan. Namun dirinya tidak mampu melakukan apa-apa. Christopher pula makin kerap mengajaknya berbincang dalam biliknya.

Tonton video lucah

Satu hari, Nori dipanggil untuk kesekian kalinya dan kali ini Christopher menghadapkan monitor komputernya ke arah Nori. Christopher mengarahkan Nori untuk membuka satu file Excel perkiraan untung rugi syarikat bulan tersebut dan Nori merasakan bagai ada yang tidak kena.

"Rupa-rupanya dia mahu saya melihat 'fail' lain di sebalik fail kira-kira itu. Satu video rakaman lucah melatari belakang fail kira-kira tersebut. Apa motifnya? Tidak lain tidak bukan dia mahu saya menyaksikan rakaman video tersebut dan sekali gus mahu merangsang saya melakukan zina dengannya.

"Ketika itu saya terus bangun dan memberitahu Christopher dengan lantang bahawa perbuatannya itu salah dan saya bukanlah perempuan murahan yang boleh diperlakukan sesuka hatinya," imbas Nori.

Sebelum keluar dari bilik majikannya, Nori sempat berkata mahu meletakkan jawatannya serta merta. Christopher cuba memujuk dan meminta maaf, namun bagi Nori dia takkan selamat selagi bekerja dengan majikan yang disifatkannya gila seks.

"Saya kemudian mahu mengadu hal tersebut kepada seorang petugas wanita yang juga berpangkat senior tapi dia pula menyalahkan saya.

Katanya, saya yang mengundang pencabulan, malah silap haribulan saya boleh dirogol kerana pakaian saya. Tercengang saya dengan kenyataan wanita terbabit dan sekali lagi saya rasakan memang tiada siapa yang mahu bersimpati dengan apa yang saya alami," luah Nori.

Nori sememangnya tidak berpuas hati kerana dikatakan dirinya sendiri mengundang diperlakukan sebagai perempuan murahan. Sangkanya tidak mungkin hanya kerana pakaian, wanita dilabel buruk sedemikian.

Walaupun masih terikat dengan pembiayaan bank kereta yang baru dimiliki dan bayaran rumah sewa, Nori nekad berhenti kerja di syarikat tersebut.

Mujur rakan serumah memahami dan membantu apa yang termampu sementara Nori mendapat kerja di tempat lain.

"Alhamdulillah, dengan kerja baharu ini saya memang mendapat sinar dan lebih penting lagi saya turut mendapat hikmah di sebalik peristiwa di tempat kerja lama," kata Nori yang kini manis bertudung.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat