Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
PS 4 vs Xbox One : Mana lebih hebat? Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST 'KAKI-KAKI' permainan video pastinya sudah lama menantikan pelancaran konsol permainan terbaru yang telah diuar-uarkan sejak awal tahun ini. Pelancaran itu menyaksikan pertembungan dua legasi permainan video terhebat iaitu Playstation keluaran Sony dan XBox keluaran Windows yang mendominasi lebih 80 peratus permainan video di seluruh dunia. Apatah lagi kedua-duanya melancarkan model terbaharu mereka pada bulan ini dengan nama Playstation 4 menggantikan Playstation 3 dan juga XBox One yang menggantikan XBox 360 iaitu model sebelum ini. Playstation 4 atau lebih dikenali sebagai PS4 mula dilancarkan di Amerika Syarikat pada 15 November lalu diikuti XBox pada 22 November baru-baru ini. Sudah pasti setiap peminat permainan video mempunyai konsul kegemaran mereka sendiri yang menentukan pemilihan konsul pilihan mereka untuk bermain. Bagi sesetengah peminat pula, mereka akan melihat spesifikasi konsul tersebut dan tidak kisah apa jua jenisnya. Yang penting ia sesuai untuk diri mereka dan kegunaan masa hadapan. Dalam tempoh 24 jam pertama dilancarkan, PS4 dan XBox One sudah terjual lebih daripada sejuta unit di seluruh dunia dan di Malaysia peminat yang mahu mendapatkannya awal boleh membuat tempahan secara online di laman Sony Malaysia. Bagi penggemar permainan video, kedua-dua konsul daripada PS dan XBox mempunyai kelebihan tersendiri dan bergantung pada apa yang diingini oleh pengguna. Dalam pada itu spesifikasi, reka bentuk, alat kawalan dan permainan video itu sendiri akan menentukan pemilihan pengguna untuk dua konsul terbaik abad ini. Kedua-duanya menggunakan pemprosesan sama iaitu AMD yang sememangnya terkenal dalam permainan video di komputer mahupun konsul dengan kelajuan 8 quad core. Selain itu, kedua-duanya juga menggunakan kelajuan ram 8G DDR5 yang terlaju setakat ini yang membolehkan pengguna menikmati permainan video dengan lancar tanpa sebarang gangguan sekatan audia mahupun video. Dengan unit simpanan dalaman sebanyak 500GB untuk kedua-dua model ini, sudah pasti ia memberi sedikit kesukaran kerana mempunyai ciri-ciri spesifikasi yang tidak jauh bezanya. Apa kata kita lihat perbezaan antara kedua-dua konsul tersebut. Yang pertama adalah dari segi harganya. XBox One lebih mahal USD100 (RM330) berbanding PS4 yang dijual pada harga RM1,799 di pasaran Malaysia. Ini bermakna harga XBox One di pasaran adalah RM2,129. Oleh kerana lebih murah, maka PS4 tidak dilengkapi dengan fungsi kamera yang terdapat pada XBox yang diberi nama Kinect yang telah dinaik taraf berbanding model sebelum ini. Kinect sudah dikenali dengan keupayaan untuk bermain menggunakan pergerakan tanpa sebarang alat kawalan (Joystick) berbanding PS sebelum ini yang memerlukan alat kawalan untuk bermain. Untuk PS4 ini, pengguna tidak lagi memerlukan alat kawalan apabila menggunakan kamera aplikasi PS4 Camera untuk bermain dan ini menunjukkan persaingan pada konsul XBox. Bagaimanapun, pengguna yang membeli PS4 terpaksa membelanjakan lebih RM200 untuk mendapatkan PS4 Camera berbanding Kinect yang terus diberikan secara percuma dengan setiap pembelian XBox One. Selain itu, alat kawalan bagi kedua-dua konsul itu telah dinaik taraf dengan pelbagai fungsi tambahan selaras dengan kegilaan pengguna dalam rangkaian sosial seluruh dunia. Kedua-dua konsul ini memberi capaian yang baik bagi capaian tersebut dan fungsi sensor sesentuh di alat kawalan PS4 yang dikenali sebagai Dualshock 4.Ia merupakan satu rekaan yang mengagumkan. Dalam aspek pengalaman pula, alat kawasalan XBox One lebih besar berbanding PS 4 dengan butang fungsi yang lebih kurang sama dengan model sebelumnya, selain ciri-ciri tambahan yang lain. Mengenai saiz, PS 4 boleh dikatakan mempunyai saiz yang lebih ideal kerana lebih kompak, senang diurus serta mempunyai pembekalan kuasa di dalam konsul. Berbeza pula bagi XBox One yang mempunyai saiz lebih besar dan bekalan kuasa pula diasingkan, membuatkan ruang yang lebih digunakan untuk alat konsul ini. Secara keseluruhan, XBox One cuba memperkenalkan ciri alat hiburan di rumah yang bukan sahaja untuk permainan video tetapi lebih daripada itu, manakala PS 4 lebih menumpukan kepada tujuan ia dicipta. Kini terpulang kepada pengguna untuk memilih yang mana dan apa yang diingini bagi memastikan pelaburan kamu itu berbaloi. |
Posted: 25 Nov 2013 06:16 AM PST Oleh Ashriq Fahmy Ahmad Dikenali sebagai Lumia 2520, Nokia buat julung kalinya memperkenalkan gajet pintar tablet menggunakan platform Windows. Direka khas untuk tugasan di mana-mana sahaja, Lumia 2520 dilengkapi bersama skrin paparan HD 10.1 inci yang boleh digunakan di luar mahupun dalam bilik setanding dengan mana-mana tablet di pasaran. Lumia 2520 menggunakan kelebihan 4G LTE dan juga Wi-Fi untuk sambungan Internet dan buat pertama kalinya kamera 6.7 megapiksel dengan optikal dari jenama Zeiss digunakan pada tablet bagi memudahkan proses merakam gambar biarpun kekurangan cahaya. Bagi mencapai prestasi maksimum, Lumia 2520 dijana Windows RT 8.1 yang amat mudah untuk dioperasi, memiliki pilihan warna yang menarik serta kebolehan mengecas dengan pantas - mengecas sehingga 80 peratus dalam masa satu jam. Gajet pintar Nokia itu juga turut didatangkan bersama perisian khas dan unik yang mana eksklusif buat keluarga Nokia, contohnya permainan video Dragons Adventure yang mendapat sentuhan DreamWorks Animation. Sebagai tambahan, Lumia 2520 disertakan bersama aplikasi Nokia Storyteller, salah satu cara baharu untuk memudahkan proses menyunting imej dan video yang dirakam menerusi gajet tersebut dengan lebih baik. Malah, bersama integrasi aplikasi Here Maps, Lumia 2520 merupakan satu-satunya tablet yang boleh menggunakan aplikasi peta biarpun dalam keadaan rangkaian ditutup (offline). Lumia 2520 itu juga dijual bersama aksesori tambahan yang unik dan bergaya iaitu Nokia Power Keyboard yang mana boleh memberikan kuasa tambahan kepada bateri selama lima jam. Aksesori itu tersebut juga menawarkan kelebihan fungsi papan kekunci sepenuhnya bersama gesture trackpad ibarat sebuah komputer riba. Lumia 2520 tersedia dalam warna merah dan putih dalam kemasan berkilat dan warna biru cyan dan hitam dalam kemasan kusam. Selain Lumia 2520 yang diperkenalkan di Abu Dhabi baru-baru ini, Nokia turut memperkenalkan lima lagi barisan telefon pintar antaranya Lumia 1520 dan Lumia 1320, seterusnya Asha 500, Asha 502 dan Asha 503. Lumia 1520 merupakan antara telefon pintar yang menawarkan inovasi dalam dunia pengimejan bersama kamera 20 megapiksel PureView serta kelebihan penstabil imej optikal (OIS) membolehkan pengguna merakam imej dengan lebih jelas dan tajam. Gajet itu juga menawarkan paparan skrin 1080p HD penuh seluas enam inci sama seperti Lumia 1020. Dalam pada itu, Lumia 1320 menawarkan paparan skrin 720p seluas enam inci bersama pelbagai pilihan aplikasi imej dan aplikasi music (Nokia Music). Bagi tiga siri telefon pintar Nokia Asha iaitu Asha 500, Asha 502 dan Asha 503 merupakan antara barisan telefon pintar mampu milik keluaran Nokia. Menyasarkan golongan pertengahan, siri Lumia Asha tersebut dibina dengan rekaan sarung pandangan telus (cristal clear look) bersama sarung di bahagian dalamnya yang berwarna terang dan menarik. Rekaan tersebut melihatkan seolah-olah gajet Lumia Asha berada di dalam ais yang sedang membeku. Menyokong jaringan 3G dan kamera lima megapiksel serta kelebihan dua slot kad sim menjadikan siri Lumia Asha telefon pintar mampu milik paling sesuai untuk golongan pertengahan. Sementara itu Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan dan Peralatan Nokia, Stephen Elop berkata, pihaknya menawarkan kepada masyarakat supaya belaih kepada Nokia ``Dengan rangkaian produk terbaharu Lumia dan Asha , kami menyumbang kepada inovasi reka bentuk pada harga munasabah dengan kualiti dan nilai produk Nokia . "Kami juga memperkenalkan pengalaman aplikasi untuk kepada Lumia dan telefon berasaskan Windows dan bersama telefon pintar Lumia and Asha," katanya pada pameran diAbu Dhabi baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |