{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Pro Evolusi kuasai UTM

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

Oleh Haniza Hassan dan Zainal Azhar Mohamed
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Ismail Abd. Aziz

JOHOR BAHRU 29 Nov. - Pilihan Raya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPPUTM) bagi sesi akademik 2013/2014 yang berakhir semalam menyaksikan kumpulan Pro Evolusi menguasai 47 daripada 51 jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Calon Evolusi menang tujuh kerusi umum daripada 10 yang dipertandingkan di kampus Johor Bahru manakala baki lima kerusi umum yang dipertandingkan di kampus Kuala Lumpur turut dimenangi kumpulan berkenaan dengan empat kerusi.

Bagi kumpulan Pro Mahasiswa, calon mereka hanya menang empat kerusi umum dengan tiga di kampus Johor Bahru manakala bakinya di kampus Kuala Lumpur.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumi) UTM, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz berkata, sebanyak 9,541 daripada 12,243 penuntut atau 77.93 peratus mereka yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin yang akan mewakili mereka semalam.

"Kejayaan diraih Kumpulan Pro Evolusi adalah lebih baik berbanding pilihan raya sama tahun lalu dan kami melihat kejayaan itu adalah suatu perkembangan sihat demi kemajuan UTM.

"Berdasarkan pengamatan, pilihan raya kampus kali ini adalah yang paling aman berlangsung di UTM dan saya percaya keadaan itu didorong oleh sikap semua calon yang memberi perhatian serius terhadap agenda pembangunan kampus," katanya.

Dalam pemilihan MPPUTM kali ini, sebanyak 66 calon menawarkan diri merebut 51 kerusi yang dipertandingkan dengan 10 adalah untuk kerusi umum, 36 pula kerusi fakulti dengan tiga kerusi bagi setiap fakulti.

Sebanyak lima kerusi pula untuk penuntut kampus Kuala Lumpur iaitu melibatkan Pusat Pengajian Diploma, Razak School dan Institut Kejuruteraan Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun.

Tiga lagi kerusi untuk lantikan umum melibatkan masing-masing satu kerusi bagi penuntut pasca siswazah kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta penuntut antarabangsa.

Kastam lupus 53.9 tan rokok putih, kretek

Posted: 29 Nov 2013 11:09 AM PST

JOHOR BAHRU 29 Nov. - Jabatan Kastam negeri telah memusnahkan sebanyak 53.9 tan rokok putih dan kretek pelbagai jenama melibatkan nilai RM32.2 juta termasuk cukai sepanjang tahun ini.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, kesemuanya yang melibatkan lebih 58 juta batang rokok itu dimusnahkan menerusi pelbagai kaedah seperti dibakar, ditanam atau dirincih sebelum dibuang di tempat yang diluluskan.

Beliau berkata, kesemua rokok yang dimusnahkan itu adalah produk tembakau yang tidak mempunyai label, duti setem dan ciri-ciri pek keselamatan.

Hari ini, kerja pemusnahan kali keenam dilakukan dengan melibatkan kira-kira 14 tan rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM902,624 dan jumlah cukai terlibat sebanyak RM6.13 juta.

Kerja pelupusan dan pemusnahan hari ini melibatkan 12.8 juta batang rokok yang dirampas dalam operasi sepanjang tahun lalu dan tahun ini. Ini dilakukan dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM)," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelupusan rokok tidak sah itu, di sini hari ini.

Rokok merupakan barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2012 dan memerlukan lesen import daripada Jabatan Kastam mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977.

Dalam pada itu, menurut Ramli, bagi minuman keras pula, sepanjang tahun ini sebanyak 32,663 liter dilupuskan dengan melibatkan nilai berjumlah RM133,700 dan cukai sebanyak RM980,345.

Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihaknya berkaitan penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 07-2181666/2225666 (Johor Bahru); 06-9538655 (Muar); 07-4355553 /4355554 (Batu Pahat); dan Gelang Patah 07-5233067.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat