{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


RM1 juta bantu mangsa banjir

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 24 Nov. - Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan memperuntukkan hampir RM1 juta sebagai persediaan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Makhtar Mustapha berkata, pihaknya memperuntukkan bantuan daripada segi bekalan makanan dan ia sudah pun dihantar ke hampir 170 pangkalan hadapan banjir di seluruh negeri.

"Kesemua pangkalan hadapan ini sudah dilengkapi dengan segala peralatan dan kelengkapan bagi menghadapi banjir yang dijangka berlaku bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Naik Taraf dan Perasmian Bangunan Tambahan Masjid Mukim Repek di sini hari ini.

Makhtar berkata, lebih 3,000 kakitangan dan anggota dari jabatan serta agensi kerajaan terlibat.

"Antara yang terlibat ialah polis, bomba, tentera serta kakitangan pejabat tanah dan jajahan di seluruh negeri ini

"Sebenarnya kami sudah lama bersiap sedia untuk bencana ini dan kami percaya bekalan yang disediakan adalah mencukupi untuk mangsa-mangsa banjir ini," ujarnya.

Beliau juga menasihati orang ramai agar berpindah segera sebaik sahaja mendapat arahan berbuat demikian.

"Berpindahlah sebelum berlaku kejadian tidak diingini, kami sudah menyediakan kemudahan terbaik demi menjamin keselesaan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan," katanya.

Program Hafaz Muqaddam TPK terbukti membanggakan

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak membaca surah-surah lazim semasa Majlis Hafaz Muqaddam Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 24 Nov. - Program Hafaz Muqaddam (23 surah lazim) yang diterapkan kepada kanak-kanak di 65 buah Taska Permata Keluarga (TPK) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mencatat perkembangan membanggakan sejak dimulakan pada 2007.

Daripada kira-kira 250 kanak-kanak yang terlibat pada tahun itu, jumlah yang berjaya menghafal dalam usia tiga dan empat tahun terus meningkat seiring dengan pertambahan jumlah TPK sehingga mencecah 1,168 orang pada tahun ini.

Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa memberitahu, pencapaian itu merupakan sebahagian daripada keberkesanan kurikulum Permata yang terus diperkukuhkan di samping penyediaan prasarana terbaik dalam usaha membentuk sahsiah diri anak-anak.

''Program hafaz ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak bagi memastikan mereka tiada masalah untuk mengikuti pengajian al-Quran pada peringkat lebih tinggi di samping memupuk minat dan kecintaan terhadap al-Quran.

''Langkah tersebut juga bagi membolehkan kanak-kanak memahami serta membaca surah berkenaan setiap kali mendirikan solat," ujarnya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Hafaz Muqaddam Kanak-Kanak TPK di Stadium Tertutup, Gong Badak dekat sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang turut menyampaikan Insentif Perkahwinan Ibu/Bapa Tunggal peringkat negeri yang melibatkan 265 pasangan.

Jadual Program Hafaz Muqaddam bermula dari Januari hingga Ogos dengan permulaan empat surah, lima pada Februari dan empat pada bulan Mac disusuli dua surah pada setiap bulan seterusnya.

''Sebagai panduan, guru membaca satu ayat terus sebanyak lima kali dengan bacaan 'tartil' dan anak-anak mendengar. Guru membaca keratan pendek dan anak-anak mengikut berulang kali hingga lancar.

''Guru kemudian menyambung keratan ayat, murid membaca bersama guru beberapa kali dan guru kemudiannya mendengar bacaan mereka serta memperbetulkan sebarang kesalahan yang lakukan," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang akan menambah peruntukan kepada RM18.9 juta untuk perbelanjaan mengurus 65 TPK di seluruh negeri pada tahun depan.

''Kerajaan negeri telah bersetuju menyerapkan 368 guru bertaraf kontrak yang berkhidmat 10 tahun ke atas sebagai kakitangan tetap dengan pertambahan perbelanjaan mengurus sebanyak RM354,000 setahun.

''Bagi yang di bawah lima tahun, kerajaan bersetuju skim lepasan diploma dan ijazah sekarang dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,400 manakala bagi pemegang Sijil Pelajaran Malaysia daripada RM800 kepada 1,000 berkuat kuasa Januari 2014," katanya.

2,000 sukarelawan 1M4U PKB bersedia hadapi banjir

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

NOOR Azahan Othman (berdiri, enam dari kiri) bersama sukarelawan PKB di Kota Bahru, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 24 Nov. - Seramai 2,000 sukarelawan 1Malaysia for Youth (1M4U) Politeknik Kota Bharu (PKB) bersiap sedia sepenuhnya untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

Pengarahnya, Noor Azahan Othman berkata, kumpulan sukarelawan tersebut akan berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu mangsa banjir seperti membersihkan kawasan rumah dan persekitaran.

"Mereka bersiap sedia membantu mangsa banjir di sekitar negeri ini dalam usaha meringankan beban mereka yang dilanda bencana.

"Sukarelawan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan untuk membantu memasak, membersihkan kawasan dan memberikan motivasi serta semangat kepada kanak-kanak yang masih bersekolah," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Noor Azahan berkata, pihaknya juga membekalkan peralatan seperti jaket keselamatan, payung, baju hujan dan kasut untuk digunakan semasa menjalankan tugas.

"Saya harap mereka (sukarelawan) dapat memberi bantuan secukupnya dalam proses perpindahan barang-barang terutamanya semasa banjir.

"Ini adalah sebahagian usaha pelajar untuk menabur bakti kepada masyarakat sebagai tanda keprihatinan kepada mangsa," katanya.

Dalam pada itu, seorang sukarelawan, Zuriana Akmal Zulkifli, 19, berkata, dia teruja kerana dapat menyertai program kesukarelawan ini.

"Saya berharap bantuan yang kecil ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

"Melalui program ini juga saya dapat menyelami perasaan mangsa banjir yang terpaksa berpindah setiap kali musibah itu melanda kampung mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat