{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PM selar penafian Anwar

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.

Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.

Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula, katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara candle light dinner, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil, katanya.

Gerakan desak Anwar mohon maaf

Posted: 24 Nov 2013 10:09 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak agar segera meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mendakwa seramai 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, dakwaan Anwar itu telah menyebabkan berlaku kekeliruan sehingga memberi kesan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU-13 kerana dianggap sebagai warga Bangladesh.

"Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian. Mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

"Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

Setelah membuat dakwaan itu, Anwar baru-baru ini membuat pusingan U pula apabila menafikan membuat tuduhan bahawa kerajaan ada membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi hantu.

Sebaliknya, Anwar menuding jari kepada penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi isu itu.

Siew Keong berkata, pembohongan Anwar itu sama seperti episod yang berlaku pada 2008 apabila Anwar menuduh bahawa ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang dan bakal membentuk kerajaan baharu pada 16 September.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat