Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Hamidah menang pemilihan semula Wanita UMNO Gopeng
- SPR timbang cadangan benar wakil terima sampul keutamaan bagi pengundi pos
- Gaji ADUN Selangor harus selaras dengan usaha tingkat pendapatan per kapita rakyat
Hamidah menang pemilihan semula Wanita UMNO Gopeng Posted: 30 Nov 2013 01:54 AM PST IPOH 30 Nov. - Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Hamidah Osman menang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng dalam pemilihan semula sayap itu menewaskan pencabarnya, Juliliyana Mohd. Junid di sini hari ini. Dalam pemilihan semula yang diadakan di Bangunan UMNO negeri di sini, Hamidah yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO mendapat 173 undi berbanding Juliliyana, 131 undi. Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Juliliyana menang dengan majoriti 20 undi apabila mendapat 163 undi berbanding Hamidah, iaitu penyandang jawatan itu yang meraih 143 undi. - UTUSAN |
SPR timbang cadangan benar wakil terima sampul keutamaan bagi pengundi pos Posted: 30 Nov 2013 01:38 AM PST KUALA LUMPUR 30 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti cadangan membenarkan wakil menerima Sampul Keutamaan bagi pihak pengundi pos yang tiada di rumah kerana bekerja. Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, cadangan itu bertujuan memastikan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos dapat diserahkan kepada setiap pemilih pos dan seterusnya membolehkan mereka untuk mengundi. "Sebelum ini terdapat pemilih pos yang tidak dapat mengundi kerana Sampul Keutamaan tidak dapat diserahkan disebabkan pemilih berkenaan tiada di rumah kerana bekerja. "Peraturan sedia ada tidak membenarkan Sampul Keutamaan diambil oleh wakil pengundi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini mengenai Laporan Mesyuarat Post Mortem Pilihan Raya Umum ke-13. Post mortem yang diadakan serentak mengikut negeri-negeri itu berakhir Julai lepas dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Ketua Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya, wakil Ketua Tempat Mengundi dan Penyelia Pusat Mengundi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - BERNAMA |
Gaji ADUN Selangor harus selaras dengan usaha tingkat pendapatan per kapita rakyat Posted: 30 Nov 2013 01:25 AM PST KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang diumumkan pada Rabu seharusnya selaras dengan usaha mereka meningkatkan pendapatan per kapita rakyat di negeri itu. Pegawai Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Datuk Salamon Selamat berkata, kadar kenaikan gaji itu juga terlalu tinggi dan tidak munasabah, selain tidak seiring dengan pembangunan yang dibawa dalam tempoh lima tahun mereka mentadbir negeri itu. "Banyak janji yang mereka buat masih tidak ditepati dan pembangunan yang dibawa untuk Selangor juga tidak begitu banyak. "Kita tengok sahaja pencapaian dari segi perumahan.. dalam tempoh lima tahun berapa banyak sangat rumah kos rendah dibina. Jadi bagi saya kenaikan gaji ini adalah tidak selaras dengan apa yang mereka lakukan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi seorang daripada panel program Wacana Ilmu: Penghijrahan Minda dan Fikiran di sini, hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |