Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Peguam didakwa guna tandatangan palsu namakan pewaris KWSP Posted: 25 Nov 2013 01:31 AM PST PETALING JAYA 25 Nov. - Seorang peguam mengaku tidak bersalah hari ini terhadap tuduhan menggunakan dokumen mengandungi tandatangan palsu mendiang abangnya untuk menamakan ibunya sebagai pewaris wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik abangnya itu. Collin Swee Lay Keong, 45, didakwa menggunakan borang KWSP 4 yang kandungan tandatangan pada dokumen itu adalah palsu dan bukan milik mendiang abangnya, James Swee Lee Kong. Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan niat supaya dokumen palsu itu digunakan untuk menamakan ibunya, Low Han Neo sebagai waris kepada wang simpanan dalam akaun KWSP milik Lee Kong. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di cawangan KWSP Jalan Gasing di sini antara 8 pagi dan 5 petang pada 19 Mei 2010, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya di Mahkamah Majistret di sini tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes itu tidak boleh dijamin. Peguam Alex Tan Chee Seng yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan RM5,000 atas alasan anak guamnya itu hadir sendiri ke mahkamah. Beliau turut memaklumkan akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu Majistret Mohd Nazri Omran membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jan depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA |
Kes polis lepas "kasanova" disebut semula 28 Januari Posted: 24 Nov 2013 10:20 PM PST GEORGE TOWN 25 Nov. - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 28 Jan depan untuk sebutan semula kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali "kasanova" pada bulan lepas. Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu setelah Timbalan Pendakwa Raya S.Selvaranjini memaklumkan bahawa pihak pembelaan hanya menyerahkan sebahagian dokumen pembelaan. Beliau kemudian mengarahkan pihak pembelaan menyerahkan dokumen tambahan sebelum tarikh sebutan kes itu. ASP L. Chandkumary, 56, didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober lepas. Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada kira-kira 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu. Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Chandkumary yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C.Navarednam. Pada 21 Oktober lepas, Chandkumary mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |