{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Seleksi fesyen Kree

Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST

REKAAN terbaharu Afiq Mohamed kembali menghangatkan dunia fesyen tempatan dengan mengetengahkan motif cetakan yang menarik.

Mempunyai kesinambungan daripada koleksi terdahulu, rekaan terbaharunya banyak diberi potongan ringkas tetapi menggunakan fabrik stretchable bagi memenuhi kehendak para wanita yang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Walaupun tampak seksi, koleksi ini sesuai digayakan sesiapa sahaja biarpun memakai hijab kerana apa yang penting perlulah bijak membuat suai padan.

Koleksi Kree boleh didapati

melalui laman portal beli-belah

Kree di www.kree.my.

- LYNN/NOORADZRENE MOHD NOOR

Uzu, pencinta merah jambu!

Posted: 30 Nov 2013 04:39 AM PST

MENAMAKAN blog yang dibina pada pertengahan 2009 sebagai Kisah Emas Putih, Siti Aminah Idrus, 23, mengakui dia adalah seorang pencinta rona merah jambu biarpun tampak bertentangan dengan sifatnya yang agak kasar.

Menurut gadis yang lebih mesra dengan panggilan Uzu itu, dia menggemari warna tersebut sehinggakan kebanyakan barang-barang miliknya berasaskan rona itu. Katanya, merah jambu menjadi pilihan kerana warna itu tampak lembut dan comel pada matanya.

Bercerita mengenai pemilihan nama blog miliknya pula, dia memilih emas putih kerana nilainya sangat tinggi yang boleh disamakan dengan maruah seorang perempuan.

Jelas penuntut tahun dua di Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur itu, walaupun emas putih itu sangat berharga, namun ia jarang dijual semula. Persamaan itulah yang membuatkan dia nekad menggunakan emas putih sebagai nama samaran di internet.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.kisahemasputih.com. - LYNN/NOORADZRENE MOHD NOOR

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat