{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Lebih hebat daripada tuhan?

Posted: 05 Mar 2014 10:37 PM PST

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman

KETAKSUBAN terhadap adiwira yang diketengahkan media massa menyebabkan segelintir individu sanggup menjalani pembedahan plastik demi menyerupai watak kegemaran mereka.

TIDAK cukup dengan menjalani rawatan, memakai pelbagai alat tambahan serta mengenakan pakaian yang menarik, menjadi trend yang semakin popular di negara ini adalah dengan melakukan pembedahan plastik demi kelihatan cantik.

Walaupun terpaksa berkorban wang ringgit dan membahayakan diri sendiri dengan menahan sakit, tidak menjadi penghalang buat segelintir individu yang obses kepada kecantikan untuk memperoleh rupa atau anggota tubuh yang diingini.

Lebih malang, sehingga sanggup melakukan sesuatu yang jelas melanggar batasan syariat dan menafikan kesempurnaan ciptaan tuhan terhadap kejadian dirinya.

Dengan alasan, asalkan tidak menyusahkan sesiapa kerana mempunyai kemampuan kewangan dan bersikap individualistik demi memuaskan diri sendiri.

Konsultan Syariah Telaga Biru Sdn. Bhd., Fawwaz Fadzil Noor berkata, walaupun Islam mengharuskan umatnya untuk berhias dan mencantikkan diri, namun terdapat batasan yang mengehadkan menurut syariat.

Ini katanya kerana, sudah menjadi fitrah semula jadi kejadian manusia menyukai kecantikan dan juga ingin kelihatan cantik.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai anak cucu Adam! Pakailah perhiasanmu (pakaianmu yang bagus) pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-Araf: 31)

Justeru, tegasnya, tindakan individu yang melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik disifatkan sebagai individu yang beranggapan dirinya lebih hebat dan pintar daripada Allah SWT.

Islam tidak menolak atau menerima sepenuhnya pembedahan plastik, sebaliknya mengikut keperluan untuk melakukannya. Dalam beberapa keadaan ia diharuskan iaitu apabila boleh memberi kemudaratan, untuk memperbaiki kecacatan disebabkan kemalangan atau melawan daripada fitrah manusia.

Adapun, selain daripada itu hukumnya adalah haram seperti membentuk wajah, mencantik sebahagian anggota tubuh untuk kelihatan cantik dan sebagainya. Ini samalah seperti sengaja mengubah ciptaan tuhan ke atas dirinya.

Golongan ini disifatkan tidak reda kepada keputusan Allah SWT yang menciptakan mereka sebegitu dan mempunyai pemikiran lahiriah yang sempit kerana melihat kecantikan hanya pada luaran. Mereka membentuk wajah dan tubuh seolah-olah hebat dan pintar daripada Allah SWT," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Fawwas berkata, selain pengaruh luar, tidak yakin kepada diri sendiri turut menjadi faktor yang menyumbang kepada budaya pembedahan plastik.

Golongan yang melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan adalah mereka yang berfikiran manusia akan dihormati dengan kecantikan. Ini kerana mereka merasakan rendah diri melihat orang yang lebih cantik daripadanya.

Oleh itu mereka sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menarik perhatian umum sedangkan itu adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan syahwat," katanya yang sedang menghasilkan buku fikh perubatan.

Masyarakat tiruan

Tambahnya, fenomena pembedahan plastik yang semakin berkembang dikhuatiri akan melahirkan masyarakat tiruan di samping menghapuskan nilai kepercayaan sesama insan pada masa akan datang.

Apa yang lahir atas dasar kepalsuan akan melahirkan kepalsuan. Sekiranya gejala pembedahan plastik ini semakin berleluasa, ia dikhuatiri melahirkan ramai individu palsu yang bukan dirinya sebenar.

Tiada lagi nilai integriti dalam kehidupan mahupun kejujuran dan keikhlasan. Manusia hidup dalam kepalsuan dan akan berlaku kecelaruan yang akan menyebabkan keadaan kucar-kacir pada generasi akan datang," katanya.

Bagaimanapun katanya, Islam tidak menghalang kepada kecantikan dan pelbagai inisiatif lain boleh diambil untuk kelihatan cantik selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Mengapa perlu melakukan pembedahan plastik sedangkan teknologi sekarang menyediakan pelbagai bahan lain, seperti memakai bahan kosmetik umpamanya, losyen atau rawatan kecantikan berunsur halal adalah diharuskan.

Begitu juga pada masa kini terdapat banyak pusat rawatan kecantikan yang menyediakan khidmat suntikan berunsur halal juga ditubuhkan.

Namun, pendapat ulama yang kuat mengatakan tidak digalakkan bagi orang yang telah berusia bagi mengelakkan syak dan kekeliruan kepada masyarakat," jelasnya.

Kecantikan bukan penyelesaian

Posted: 05 Mar 2014 10:37 PM PST

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

PROSEDUR pembedahan plastik hakikatnya tidak mengubah genetik dalam tubuh seseorang yang terbukti berlaku dalam sebuah keluarga di Korea. - Gambar hiasan

MUNGKIN ada yang berpendapat, dengan kecantikan mereka akan lebih dihargai. Tidak kurang juga yang beranggapan kecantikan mampu meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan khalayak.

Tidak dinafikan, penampilan dan paras rupa merupakan salah satu elemen yang mempengaruhi harian seseorang. Ini kerana kecantikan menjadi satu nilaian yang sangat diambil berat oleh manusia.

Oleh itu, menurut pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam, (USIM) Profesor Madya Datin Dr. Sapora Sipon, menjadi faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan pembedahan plastik.

Ia tambahnya, kerana perasaan ingin disanjungi rakan-rakan masyarakat sekelliling, menambah keyakinan diri serta ingin memenangi hati pasangan idaman.

Hakikatnya katanya, percubaan untuk melakukan pembedahan plastik buat kali pertama akan menyebabkan sikap ketagihan untuk sentiasa berubah menjadi bentuk yang diingini disebabkan tidak berpuas hati dengan penampilah diri sendiri.

Melakukan pembedahan plastik dalam mengejar kecantikan adalah satu keputusan yang perlu diambil secara berhati-hati.Ini kerana ia melibatkan perubahan, sama ada secara fizikal (apa yang diubah) dan juga perubahan emosi.

Jika dilakukan hanya untuk mengejar kecantikan, ia tidak akan berkesudahan. Mungkin individu tersebut akan merasa gembira dengan perubahan fizikal pada mulanya.

Namun lambat laun individu tersebut akan melakukan lagi pembedahan plastik untuk merubah bentuk rupa yang lain," katanya kepada Mega, Utusan Malaysia.

Dr. Sapora berkata, walaupun tidak dinafikan kecantikan yang diperoleh melalui pembedahan plastik mampu meningkatkan keyakinan diri, namun terdapat pelbagai faktor dan inisiatif semula jadi lain yang boleh dilakukan untuk lebih berkeyakinan.

Memperoleh kecantikan melalui pembedahan plastik boleh meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah orang. Tetapi, apa yang kita harus sedari ialah, keyakinan seseorang dalam bersosial juga bergantung kepada banyak perkara lain.

Pembedahan plastik tidak semestinya mengubah kehidupan seseorang. Ia juga tidak menyelesaikan masalah peribadi atau menjadikan diri macam orang lain.

Malah, daripada segi sosialogi, sekiranya ia dilakukan sehingga melibatkan masalah kewangan, mengakibatkan perasaan tidak yakin yang tinggi sehingga menganggu kehidupan," ujarnya.

Bagaimanapun tambahnya, menurut perspektif Islam, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh Kontemporari tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat keaiban atau kecacatan.

Daripada segi psikologi, ini kerana keaiban dan kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak dijalankan pembedahan itu. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan," jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan kepada individu yang ingin melakukan pembedahan plastik semata-mata mengejar kecantikan perlu fikir masak-masak.

Ini kerana katanya, kecantikan adalah bersifat subjektif, dan bersifat tidak kekal. Kecantikan sepatutnya diiringi dengan keyakinan diri.

Pembedahan plastik jika bukan kerana sebab-sebab kesihatan tidak digalakkan. Namun, jika ingin juga melakukannya, perlu membuat sebab yang konkrit. Contohnya adakah ia dilakukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Perbincangan dengan doktor atau orang yang melakukan pembedahan amatlah perlu.

Malah, pembedahan plastik jika tidak dilakukan dengan betul prosedurnya, ia boleh mendatangkan kesan kesihatan dan risiko kepada pelaku," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat