Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea
- Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di Jakarta
- Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva
Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea Posted: Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea
MADRID - Kerajaan Rusia semalam memberitahu bahawa Moscow tidak mempunyai kuasa terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang kini mengusai wilayah Semenanjung Crimea di Ukraine. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, kumpulan bersenjata yang berada di Crimea tidak menerima sebarang arahan dari Kremlin yang merupakan pejabat Presiden Rusia, Vladimir Putin. Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberitahu bahawa, Rusia tidak memperbodohkan sesiapa berhubung peranannya di Ukraine. Lavrov juga menggesa semua pihak menghormati perjanjian damai yang dimeterai sebelum ini dan perlembagaan Ukraine bagi mengembalikan semula ketenteraman di rantau berkenaan. "Sekiranya ada kumpulan bersenjata yang mempertahankan diri diwujudkan oleh penduduk di Crimea, kami tidak mempunyai kuasa terhadap mereka. "Mereka (kumpulan bersenjata) juga tidak menerima arahan daripada kami," kata Lavrov dalam satu sidang akhbar selepas meng- adakan pertemuan dengan Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Garcia-Margallo. Konflik Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu. Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan. Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah. Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara. Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow. Sejumlah askar-askar Rusia kemudian didapati mengawal beberapa lokasi di Semenanjung Crimea. Semananjung itu juga mempunyai sebuah pangkalan tentera Rusia. - Agensi | |
Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di Jakarta Posted: Seorang maut, depot simpanan peluru meletup di JakartaBUMBUNG sebuah gudang simpanan peluru milik tentera laut Indonesia mengalami kemusnahan akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di Pulau Pondok Dayung, Jakarta semalam. - AP JAKARTA - Seorang anggota tentera laut maut manakala 71 lagi cedera apabila sebuah gudang simpanan peluru senjata ringan milik tentera laut Indonesia meletup semalam, kata seorang jurucakap tentera. Jurucakap berkenaan, Iskandar Sitompul berkata, letupan tersebut yang berlaku di Pulau Pondok Dayung, pinggir bandar raya ini dipercayai berpunca daripada litar pintas. Menurutnya, gudang itu musnah sama sekali dengan ramai mangsa yang cedera akibat terkena serpihan kayu dan kaca. "Kebanyakan mangsa cedera terkena serpihan kayu dan kaca pada pipi, dada serta perut mereka," kata Sitompul. Depot simpanan peluru tersebut merupakan antara fasiliti tentera laut yang terletak di sebuah pulau dekat sini. Kata Sitompul, antara mangsa yang cedera termasuk seorang orang awam. - AFP | |
Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva Posted: Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva REUTERS STOCKHOLM - Firma pembuat kereta sport Sweden, Koenigsegg memperkenalkan kereta terbaharunya yang dipercayai sebagai kereta kegunaan jalan raya paling laju di dunia. Kereta Koenigsegg Agera One:1 itu mampu menghasilkan 1,322 kuasa kuda (bhp) sekali gus lebih pantas daripada kereta McLaren P1, La Ferrari dan Porsche 918 Spyder. Malah, One:1 yang pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva kali ke-84 di Geneva, Switzerland yang kini sedang berlangsung juga lebih laju berbanding kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai 1,322 bhp. Menurut Koenigsegg, kereta sports terbaharu itu mampu mencecah kelajuan maksimum 436.8 kilometer sejam (km/j). Sebelum ini, rekod kereta kegunaan jalan raya paling laju menjadi milik Hennessey Venom GT dan Veyron Super Sport dengan setiap kenderaan itu masing-masing mencatat kelajuan 432 km/j dan 428.8 km/j. "Kelajuan tinggi ini mampu dicapai dengan kombinasi casis gentian fiber, reka bentuk aerodinamik dan tayar yang kukuh," menurut kenyataan Koenigsegg. Namun, syarikat Koenigsegg masih belum mengumumkan harga kereta tersebut. Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung dari 6 hingga 16 Mac depan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |