{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Anwar jangan lagi heret rakyat

Posted: 08 Mar 2014 11:17 AM PST

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN dan MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya tidak 'melatah' dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat.

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anuar Shaari berkata, Anwar perlu akur dengan keputusan itu dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin akan memburukkan keadaan.

"Anwar masih ada peluang untuk melawan kes beliau sekiranya tidak berpuas hati. Saya cuma mohon kepada beliau dan 'konco-konconya' agar tidak melakukan apa-apa provokasi yang menyusahkan rakyat.

"Tidak perlu melakukan apa-apa demonstrasi yang boleh mendatangkan keadaan huru-hara. Cukuplah insiden 1998 dulu, jangan cuba ulangi lagi. Hormatilah keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan Anwar didapati bersalah oleh atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008, sekali gus menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ketua Umum PKR itu.

Sementara itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, penyokong PKR diminta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat.

Serentak dengan itu, katanya, seluruh pimpinan PKR perlu mencari calon lain yang lebih berkelayakan untuk menggantikan Anwar yang sudah terpalit dengan kesalahan meliwat itu.

Katanya, tindakan sedemikian hanya dianggap sebagai 'menzalimi' Anwar jika mereka tetap meletakkan Anwar untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana beliau sudah cukup terbeban dengan keputusan mahkamah itu.

"Saya berharap semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini sebagaimana kami menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar.

"Dalam hal ini, kita yakin PKR mempunyai maruah, menjunjung demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta tidak akan memaksa rakyat mengadakan demonstrasi.

"Saya juga berharap pihak berkuasa tidak teragak-agak memastikan kesejahteraan negara serta tidak menggadaikan rakyat hanya kerana seorang manusia yang sudah terpalit dengan kesalahan liwat," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pula berkata, Anwar diminta tidak menggunakan taktik lama dengan melemparkan tuduhan bukan-bukan kepada kerajaan bahawa keputusan mahkamah itu merupakan campur tangan daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, kata beliau, penyokong Anwar termasuk parti pembangkang lain diminta akur serta hormat dengan keputusan mahkamah itu dan tidak mudah melatah dengan mengadakan demonstrasi.

"Kita tahu dalam sistem kehakiman Anwar masih ada ruang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun kita harap penyokong beliau tidak terus melatah dan menghormati keputusan ini.

"Jelas di sini kita ada kebebasan kehakiman yang dijamin, oleh itu, jangan ada orang cuba mentafsirkan berlaku campur tangan politik kerajaan dalam sistem ini," katanya.

Rafizi hina badan kehakiman

Posted: 08 Mar 2014 11:17 AM PST

SHAH ALAM 8 Mac - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilihat seolah-olah menghina badan kehakiman apabila secara terbuka melemparkan tuduhan kononnya hakim di negara ini kurang bermaruah.

Tindakan itu dilakukannya ekoran tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menjatuhi hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi mendakwa, keadaan itu mengingatkannya kepada peristiwa yang berlaku terhadap Penasihat PKR itu ketika berdepan pertuduhan sama pada 1998.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan (Mahkamah Rayuan) semalam tetapi saya sedih mengingatkan kembali murahnya maruah hakim-hakim di Malaysia," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau pada pukul 11 pagi, Isnin ini.

Dalam pada itu, selain hakim, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menyerang peguam terkenal dalam kes tersebut (Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah) sebagai 'kaki UMNO' meskipun tidak menamakan individu terbabit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat