{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


<b>felda nitar</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 11 Jul 2013 09:53 AM PDT

Lokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor. Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh 'terbang' sampai macam tu sekali?

Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe. Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?


------------------------------------------------------------------------------

Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...

bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..

Akak mmg tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...

Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..

Baru je..lebih kurang setahun yang lepas...

suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??

Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..mmg dia selalu ngantuk..

jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..

maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...

Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang

Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yang menyebabkan kemalangan maut...

Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..

Baru beberapa minggu suami akak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...

tak de la lama mana sangat pun

selalunya dalam 40 min sampailah...

suami akak berada dalam opis..

macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,

masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..

Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...

jangan kan dia,akak pun rasa pelik..

sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat

sedangkan semua staff dah balik

tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..

besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya

Pearsaan dia pun dah lain macam jer..

Hujan gerimis...hari panas..

Jalanraya lengang..sunyi sepi..

sebuah kenderaan pun tak de..

Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.

Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..

sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..

Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..

namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali

enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..

Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..

Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...

Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...

ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip

Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...

sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu

Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...

namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??

Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?

atau ianya suatu kebetulan??

Wallahuallam...

Sumber : here

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat