Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 24 Apr 2014 11:30 PM PDT Oleh MERAN ABU BAKAR Gaya pemakaian tudung memang cepat berubah. Suatu ketika dahulu, tudung sarung berawning jadi fenomena tetapi kini semakin reda dan diambil alih pula tudung selendang. Begitupun, di sebalik kepelbagaian corak dan gaya selendang, tudung yang mudah dipakai tetap mendapat sambutan di kalangan penggemarnya. Tudung Syria dan tudung awning lembut merupakan di antara tudung yang mudah dipakai. Tudung-tudung ini pula dibuat daripada jenis fabrik yang lembut dan memerlukan penjagaan yang amat minimum. Di antara fabrik pilihan bagi tudung Syria atau tudung awning lembut ini ialah daripada jenis lycra yang lembut dan berkualiti, sutera syifon, kapas lycra, denim lembut dan krep moss. Tudung keluaran Colourful Collections amat mementingkan keselesaan si pemakai dan peka dengan masalah yang dialami oleh wanita yang biasanya ingin cepat apabila bersiap. Wanita yang bekerja atau suri rumah kebiasaannya ingin cepat bersiap untuk ke tempat kerja atau keluar menghantar dan menjemput anak di sekolah, ke kedai dan sebagainya. Mereka biasanya akan mencapai tudung yang mudah dipakai dan tidak perlu pin atau diperkemas. Tudung selendang semua orang tahu mengambil masa hendak memakai kerana perlu dipakai bersama anak tudung, dililit dan pin kemas. Paling tidak mengambil masa selama 10 minit. Justeru itu saya tidak mahu membuat tudung yang susah hendak dipakai kerana tidak mahu wanita berasa sukar apabila hendak mengenakan tudung," kata Zuraity Zulkifli, Pengarah Urusan serta pemilik Colourful Collections. Menurutnya lagi, apabila seseorang terasa mudah hendak memakai tudung maka ia seperti satu galakan untuk individu itu untuk terus bertudung. Selain mudah dipakai, kata Zuraity, tudung Syria dan tudung awning lembut ini boleh dibawa untuk bersolat kerana bahagian hadapan tudung melekap di dahi dan menutupi anak-anak rambut. Bahagian bawah dagu tudung Syria turut dijahit tetas benang bagi memudahkan pelanggan yang berwajah lebar menetas benang bagi membesarkan sedikit saiz muka pada tudung. Beliau yang menerima banyak permintaan terhadap tudung-tudung sebegini daripada pelanggan tetap juga pelanggan baru akan mengeluarkan rekaan terbaharu sebanyak dua kali seminggu. Sebanyak 300 helai dikeluarkan pada setiap keluaran dan sambutan memang menggalakkan. Pelanggan beliau bukan sahaja dari Malaysia malah menjangkau ke Singapura, Brunei dan Australia. Zuraity sendiri yang akan memilih fabrik untuk dijadikan tudung daripada fabrik yang polos sehingga yang bercorak. Tudung-tudung yang dibuat pula bersaiz M yang labuhnya cukup menutupi bahagian dada. Jika terdapat permintaan, saiz L akan turut dibuat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |